Isu MARA: Jangan Busuk Hati, Kalau Tak Mampu Bantu, Jangan Jadi Batu Penghalang

Isu MARA: Jangan Busuk Hati, Kalau Tak Mampu Bantu, Jangan Jadi Batu Penghalang

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim menempelak kenyataan perwakillan Parti Keadilan Nasional dari Negeri Sembilan, Mohd Shariman Che Deris pada Kongres Nasional Keadilan baru-baru ini yang disifatkannya sebagai keterlaluan, bernada dengki dan seolah-olah sengaja mahu mencari ruang untuk menyerang kepimpinan MARA.

Ujarnya, beliau sepatutnya lebih banyak menggunakan akal untuk menilai perubahan yang sedang berlaku dalam MARA, bukannya sibuk mencari salah dan melemparkan tuduhan terhadap individu yang sedang menjalankan amanah.

“Kalau sudah terlalu busuk hati dan dengki, buanglah kopiah itu. Jangan kerana perbezaan politik, perkara yang baik pun mahu diputarbelitkan.

“Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah menjalankan tugas yang sangat bagus. Banyak perubahan telah dilakukan dalam MARA dan hasilnya imej institusi itu semakin baik. Kalau bukan kerana pemimpin UMNO seperti beliau, sudah pasti bahtera Kerajaan Madani ini belayar tanpa arah.

“Kalau tidak mampu membantu, jangan pula menjadi batu penghalang. Kalau mahu mengkritik, kritiklah dengan fakta dan niat untuk memperbaiki, bukan kerana busuk hati,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LKPP Terus Perkukuh Perancangan, Langkah Strategik


Mengulas lanjut, kata Faiz Hashim, prestasi Dr Asyraf juga semakin mendapat perhatian apabila pelajar-pelajar MARA sendiri melihat perubahan yang berlaku sehingga menggelarnya sebagai “Daddy MARA”.

Isu MARA: Jangan Busuk Hati, Kalau Tak Mampu Bantu, Jangan Jadi Batu Penghalang

“Gelaran tersebut bukan sesuatu yang boleh direka-reka kerana ia lahir daripada penerimaan anak-anak MARA terhadap pendekatan dan perubahan yang dibawa kepimpinan berkenaan.

“Banyak perubahan telah dilakukan dalam MARA. Rakyat juga boleh melihat sendiri apa yang telah dilakukan olehnya. Jadi janganlah kerana agenda politik sempit, segala usaha yang baik mahu dinafikan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Faiz Hashim mengingatkan perwakilan tersebut
menggunakan ruang untuk membincangkan perkara yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Sepatutnya bincang bagaimana hendak mempertingkatkan kebajikan rakyat dan majukan ekonomi negara. Bukan mencari jalan membuka ruang permusuhan, menuding jari dan menyerang orang lain semata-mata untuk meraih perhatian politik,” ujarnya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Bawa Keutamaan Desa Ke Belanjawan 2027


Beliau turut menegaskan bahawa rakyat bukan mudah diperbodohkan kerana mereka mampu menilai antara pemimpin yang benar-benar bekerja dengan pemimpin yang hanya pandai bercakap.

“Buat perkara yang baik, rakyat akan terima. Janji mesti ditunaikan. Tetapi kalau sebaliknya, tunggu sahaja hukuman daripada rakyat.

“Rakyat bijak menilai. Jangan asyik menuding jari dan mencari kesilapan orang lain. Sebaliknya, duduklah di hadapan cermin dan muhasabah diri sedalam-dalamnya,” tegasnya. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sollehin Hulur Bantuan, Ringankan Beban Keluarga Mangsa Kebakaran

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker