Jangan Sampai Istilah ‘Sakau’ Berbalik Kepada Diri Sendiri – Saiful Yazan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman berharap Kerajaan Negeri baharu Negeri Sembilan menyiasat dakwaan penyaluran peruntukan sebanyak RM180,000 kepada ADUN tertentu sebelum pembubaran DUN.
Beliau yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata dakwaan yang bertebaran di media sosial kononnya kesemua wakil rakyat yang menyokong kerajaan negeri terdahulu menerima peruntukan tersebut pada saat akhir sebelum DUN dibubarkan menimbulkan persoalan.
“Saya menyeru Kerajaan Negeri hari ini untuk menyiasat tuduhan ini. Ia adalah satu tuduhan yang berat dan memalukan. Lakukan siasatan terperinci dan semak tarikh kelulusan, penerima, tujuan peruntukan, proses pembayaran, pematuhan kepada tatacara kewangan serta hasil sebenar kepada rakyat.
“Jika semuanya teratur, bentangkan fakta. Jika ada kelemahan, akui dan perbetulkan. Jika terdapat unsur yang memerlukan siasatan dan wujud unsur penyelewengan, serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Prinsipnya mudah wang kerajaan bukan wang parti. Wang kerajaan bukan wang pemimpin. Wang kerajaan ialah amanah rakyat banyak semata mata. Ia bermaksud berbelanja dengan lebih bijak, mengagihkan dengan lebih adil dan melaksanakan dengan lebih pantas,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Beri Harapan Baharu Buat Iyad, Bantu Gapai Impian
- Bendera Terbalik: Kerajaan Johor Tegas, Maruah Negara Dan Negeri Bukan Mainan
Saiful berkata demikian ketika ucapan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2026 DUN Negeri Sembilan hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, isu berkenaan juga perlu dilihat secara adil memandangkan istilah ‘sakau’ sebelum ini sering dilemparkan terhadap Barisan Nasional (BN) oleh pihak tertentu.
Katanya, jika benar dakwaan tersebut berlaku, pihak yang sebelum ini lantang mempersoalkan tatakelola BN juga perlu bersedia untuk dinilai berdasarkan prinsip dan standard yang sama.
“Jangan sampai orang yang selama ini begitu lantang menuduh orang lain menyakau akhirnya dilihat rakyat sedang melakukan perkara yang hampir serupa apabila mereka sendiri berada dalam kedudukan berkuasa.
“Jangan sampai istilah sakau yang selama ini dijadikan senjata politik akhirnya berbalik menjadi cermin kepada diri sendiri.
“Saya tidak mahu mendahului siasatan. Tetapi kalau sebelum ini begitu mudah menuding jari kepada BN, maka apabila persoalan yang sama timbul terhadap pentadbiran sendiri, jangan pula standardnya berubah. Tatakelola mesti dinilai dengan ukuran yang sama, tidak kira kepada sesiapa pun,” ujar beliau. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Poster Tawaran Bantuan Kewangan RM20 Ribu, Motosikal Adalah Palsu – Dr Asyraf
- PAU 2026 Medan UMNO Muhasabah, Dengar Suara Akar Umbi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sollehin Hulur Bantuan, Ringankan Beban Keluarga Mangsa Kebakaran
You must be logged in to post a comment.