Sollehin Hulur Bantuan, Ringankan Beban Keluarga Mangsa Kebakaran

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menzahirkan keprihatinan apabila turun padang menziarahi sebuah keluarga di Kampung Kepala Bukit yang kehilangan sebahagian kediaman dan sumber pendapatan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia berkata kunjungan bersama Penghulu Nasaruddin Mawi itu bagi melihat sendiri keadaan Abdul Halim Abdul Manap sekeluarga yang terjejas akibat kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.
“Bila melihat sendiri keadaan rumah, memang berat mata memandang. Sebahagian rumah dan barangan milik keluarga ini rosak serta musnah akibat kebakaran.
“Lebih berat apabila musibah ini turut menjejaskan sumber rezeki mereka. Saya dimaklumkan enjin bot milik Abdul Halim yang digunakan untuk mencari rezeki turut hangus terbakar.
“Isteri beliau pula berniaga nasi lemak. Peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk berniaga juga habis terbakar. Rumah diuji, punca mencari rezeki suami isteri juga turut terjejas,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Perkukuh Kerjasama Demi Kepentingan Bumiputera
- Pendidikan Tahfiz, Pemasaran Pertanian Terus Diperkukuh Di Pasir Salak – Khairul Azwan
- BN Tenggara Terus Perkukuh Kerjasama
Sehubungan itu, Sollehin menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan keperluan awal keluarga berkenaan.
Beliau turut memaklumkan akan melihat usaha lanjut yang boleh dilakukan bagi membantu keluarga tersebut bangkit semula.
“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada Abdul Halim sekeluarga serta dipermudahkan segala urusan mereka selepas musibah ini.
“Insya-Allah, dalam kesusahan kita cuba ringankan. Dalam kesempitan kita cari jalan bersama,” ujar beliau. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Beri Harapan Baharu Buat Iyad, Bantu Gapai Impian
- Bendera Terbalik: Kerajaan Johor Tegas, Maruah Negara Dan Negeri Bukan Mainan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.