Poster Tawaran Bantuan Kewangan RM20 Ribu, Motosikal Adalah Palsu – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan poster dan mesej yang sedang tersebar menawarkan bantuan kewangan RM20,000, motosikal serta pelbagai bentuk bantuan lain adalah palsu dan tidak benar.
Setiausaha Agung UMNO itu berkata pihaknya tidak pernah menawarkan sebarang bantuan atau tawaran seperti yang dinyatakan dalam poster berkenaan, selain tidak pernah meminta orang ramai menghubungi mana-mana individu melalui nombor telefon, Telegram atau alamat e-mel yang tertera.
“Pihak kami tidak pernah menawarkan sebarang bantuan kewangan berjumlah RM20,000, motosikal, atau apa-apa bentuk tawaran seperti yang dinyatakan dalam poster tersebut.
“Pihak kami juga tidak pernah meminta orang ramai untuk menghubungi mana-mana individu melalui nombor telefon, Telegram atau alamat e-mel yang tertera dalam paparan berkenaan,” kongsinya dalam satu status di WhatsApp Channel beliau DR ASYRAF WAJDI DUSUKI.
Sehubungan itu, Dr Asyraf menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai atau menyebarkan poster berkenaan serta tidak menyerahkan sebarang maklumat peribadi, wang atau butiran akaun kepada pihak yang menggunakan poster tersebut.
Selain itu, Dr Asyraf turut meminta orang ramai supaya membuat semakan melalui saluran rasmi sekiranya menerima sebarang mesej atau tawaran meragukan yang menggunakan nama pihaknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Perkukuh Kerjasama Demi Kepentingan Bumiputera
- Pendidikan Tahfiz, Pemasaran Pertanian Terus Diperkukuh Di Pasir Salak – Khairul Azwan
- BN Tenggara Terus Perkukuh Kerjasama
“Pihak kami memandang serius perkara ini dan menafikan sebarang kaitan dengan poster tersebut,” katanya. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Beri Harapan Baharu Buat Iyad, Bantu Gapai Impian
- Bendera Terbalik: Kerajaan Johor Tegas, Maruah Negara Dan Negeri Bukan Mainan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.