Patah kaki dirempuh kereta, maut akibat Covid-19

Suratan pekerja kilang, patah kaki dirempuh kereta, maut akibat Covid-19

Seorang pekerja kilang yang menerima rawatan di Hospital Kulim, Kedah, maut akibat Covid-19, walaupun punca kemasukannya ke hospital itu akibat kemalangan jalan raya.

Lelaki berusia 49 tahun itu meninggal dunia empat hari selepas mengetahui dijangkiti Covid-19, apabila motosikal ditunggangnya terbabit nahas dengan sebuah kereta di Jalan Naga Lilit, Padang Serai, 7.30 pagi, Isnin lalu.

Mangsa patah kaki kanan dalam kejadian itu.



Jangkitan itu disedari sejurus tiba di wad kecemasan sebelum saringan mendapati pekerja kilang terbabit positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kulim, Sazalee Adam, berkata dalam kemalangan itu, sebuah Perodua Kancil dipandu wanita berusia 25 tahun hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

“Siasatan mendapati pemandu kereta terbabit dikatakan cuba mengelak kenderaan lain di hadapannya sebelum dia hilang kawalan dan melanggar motosikal ditunggang mangsa.

“Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.



Sazalee berkata, pemandu kereta mengalami cedera ringan dan sakit di kepala, manakala penunggang motosikal pula patah kaki kanan.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di hospital petugas yang melakukan saringan mendapati penunggang motosikal terbabit positif Covid-19.

“Berikutan itu, penunggang motosikal terbabit terus dimasukkan ke wad pesakit Covid untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia 10.30 malam tadi disebabkan Covid-19.



Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

Patah kaki dirempuh kereta, maut akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker