Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex

Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menjawab tuduhan peguam dan aktivis Siti Kasim yang mendakwa dia menggunakan jam tangan mewah berjenama Rolex.

Sebaliknya kata naib presiden PAS itu yang dia hanya menggunakan jam tangan berjenama Buruj bagi memudahkan untuk mengetahui arah kiblat serta waktu solat.



“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Idris berkata demikian sebagai mengulas ciapan Siti Kasim yang mendakwa menteri berkenaan menggunakan jam tangan Rolex.

Menerusi tangkap layar daripada Twitter Siti Kasim, aktivitis itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan Rolex dipakai Idris.



Ia membabitkan satu gambar memaparkan menteri agama itu menadah tangan berdoa dan menampakkan jam tangan.

Idris yang juga bekas ahli Parlimen Buki Gantang baru-baru ini dilantik sebagai menteri agama di bawah pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Malaysiakini cuba mendapatkan ulasan daripada Idris dan Siti, namun sehingga kini masih gagal mendapatkan maklum balas mereka. Mk

Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker