UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0

UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0 – Puad

Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara akan menghantui imej gagal bekas perdana menteri itu dalam kerajaan baharu yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi yang mempersoalkan pelantikan Muhyiddin berkata, bagaimana beliau dilantik.

”Apakah dia menekan Ismail Sabri. Atau Ismail Sabri lantik dengan sukarela kerana percaya Muhyiddin bukan perdana menteri gagal sebelumnya?.

”Apakah Majlis Pemulihan Negara mempunyai bidang kuasa yang besar. Pasti akan ada “term of reference” yang menjadikannya lebih “berautoriti”.

”Kalau itu dibenarkan, Ismail Sabri tidak akan ada kebebasan mengurus negara. Politiking akan berterusan. Tiada kestabilan,” dakwa beliau.

Tegas beliau, kalau dipaksa kerana syarat sokongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), itu bermakna Ismail Sabri akan jadi perdana menteri ‘terkawal’ dan merelakan ini adalah Kerajaan PN 2.0

Malah, dakwanya, lantikan itu juga menyelamatkan PPBM, yang mana parti itu kembali kuat dalam kerajaan.

Oleh itu, PPBM ada ruang tawar menawar untuk mengikat UMNO dalam agihan kerusi untuk PRU ke-15.

”MKT UMNO sudah mengingatkan, jangan dihidupkan imej Kerajaan PN 2.0,” tegasnya yang mengulas lantikan Muhyiddin. MG

UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker