7 remaja sesat di Jeram Gunung Hitam selamat dibawa turun

7 remaja sesat di Jeram Gunung Hitam selamat dibawa turun

HULU LANGAT – Tujuh remaja dilaporkan hilang semasa beriadah di Jeram Gunung Hitam di Sungai Lui di sini selamat dibawa turun oleh pasukan penyelamat pada Isnin.

Kesemua mangsa yang berusia 18 tahun itu berjaya dibawa turun ke kaki Gunung Hitam kira-kira jam 5.59 pagi.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui kesemua mangsa dalam keadaan selamat pada jam 1.51 pagi Isnin.

“Mangsa telah ditemui oleh pihak Bomba dalam keadaan selamat, usaha membawa turun mangsa mengambil masa kira-kira empat jam, operasi mencari dan menyelamat tamat pada jam 6.30 pagi,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin, Norazam memaklumkan pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang pada Ahad.

“Kesemua mangsa itu sesat di hutan berkenaan ketika beriadah. Mereka dapat dihubungi melalui talian telefon dan memaklumkan tidak mengalami kecederaan,” katanya.



Sementara itu, Komander Operasi, Syahrin Yusma Mat Yusof berkata, seramai 36 anggota SAR termasuk lima penduduk tempatan terlibat dalam operasi yang bermula sejak jam 9.30 malam pada Ahad.
Sinar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

7 remaja sesat di Jeram Gunung Hitam selamat dibawa turun




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker