10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly

Sebaran :

 

SHAH ALAM – Jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly pada Sabtu melengkapkan sasaran tiga pingat emas negara dalam Sukan Paralimpik 2020.

Abdul Latif meraih pingat emas ketika negara melalui acara lompat jauh kategori T20 dengan lompatan sejauh 7.45 meter (m) di Stadium Olimpik Tokyo.

Abdul Latif yang berusia 24 tahun hanya melakukan lima lompatan sebelum mengalami kecederaan.

Perak menjadi milik atlet Greece, Athanasios Prodromou menerusi catatan 7.17m, manakala Nicholas Hum dari Australia meraih gangsa selepas membuat lompatan sejauh 7.12m.


Berikut merupakan 10 fakta menarik tentang wira negara ini.


1.Latif merupakan atlet yang tergolong dalam kurang upaya intelektual.

2.Latif yang kini berusia 24 tahun berasal dari Kampung Paya Kelubi, Perlis.

3.Tahun pertama menyertai Sukan Paralimpik di Rio, Brazil menyaksikan Latif berjaya merangkul pingat emas.

4.Latif berjaya memecahkan rekod dunia di Sukan Paralimpik Rio 2016 yang dicatat oleh atlet Sepanyol, Jose Exposito (7.37m) pada tahun 2003 dengan catatan 7.60m

5.Latif mempertahankan pingat emas dalam edisi Paralimpik Tokyo 2020.

6.Latif kini muncul satu-satunya atlet paralimpik yang memenangi dua emas, selepas kejayaan pertamanya di Rio 2016.

7.Beliau kini muncul sebagai atlet pertama yang meraih RM2 juta wang ganjaran selepas meraih pingat emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik.

8.Latif boleh mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, memandangkan dia masih muda.

9.Beliau berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat jauh pada Kejohanan Sukan Para Asia 2014, ASEAN Para Games 2015, Kejohanan Dunia Olahraga IPC 2015, Paralimpiad Sukma Sarawak 2016.

10.Pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016, Latif berjaya menewaskan atlet normal untuk meraih pingat emas serta mencatat rekod dunia yang baharu (7.46 m).

10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Latif Romly atlet pertama raih ganjaran RM2 juta


Sebaran :

Leave a Reply