Lebih banyak perlu dibuat sebelum capai fasa endemik

Lebih banyak perlu dibuat sebelum capai fasa endemik, kata pakar

Malaysia belum bersedia memasuki fasa endemik krisis Covid-19 seperti disasarkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjelang penghujung Oktober ini, kata pakar doktor perunding.

Dr Amar-Singh HSS yang juga pakar perunding pediatrik, berkata Malaysia hanya akan memasuki fasa endemik pada Januari atau Februari. Endemik bererti penyakit berjangkit yang akan kekal berada dalam populasi.

Kepemimpinan kerajaan sebelum ini menyatakan rakyat Malaysia perlu belajar hidup bersama Covid-19, susulan virus terbabit sudah berada dalam populasi.

Amar Singh berkata, Malaysia dijangka masuk ke fasa endemik selepas mencapai 80% penduduknya divaksin termasuk golongan remaja turut diberi suntikan, selain langkah diambil untuk melindungi kanak-kanak sebelum sekolah dibuka semula.

“Kesemua ini adalah dengan mengandaikan kita tidak berdepan kemunculan varian baharu yang sebahagian atau keseluruhannya kebal terhadap imuniti dihasilkan vaksin,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan ‘kad laporan’ kesiapsiagaan Malaysia memasuki fasa endemik, negara mencapai kadar perlahan dari segi meningkatkan keupayaan penjagaan kesihatan awam, termasuk dari segi pengesanan kontak secara rapi.

Walaupun negara ini berjaya melakukan yang terbaik dengan memastikan rakyat memakai pelitup muka, namun tiada sokongan diberikan terhadap kumpulan rentan dan komuniti imigran.

Amar-Singh turut berkata, Malaysia akan melalui tiga fasa berdasarkan situasi kesihatan semasa.

Katanya, ketika ini negara berada di ‘fasa perlindungan utama’ dengan negara berusaha mengawal varian Delta, selain melengkapkan vaksinasi terhadap golongan dewasa.

Kebanyakan negeri di luar Lembah Klang, katanya, berada dalam masalah dan jumlah kes membabitkan kanak-kanak menerima rawatan di hospital juga meningkat.

Fasa kedua, katanya, membabitkan ‘fasa penyatuan’ apabila perlindungan masyarakat dan vaksinasi remaja dipertingkat bertujuan mengurangkan penularan virus.

Fasa terakhir membabitkan ‘fasa bahaya jangka panjang’, katanya.

“Dalam fasa berkenaan, kita tidak boleh cuai mengawal serta memastikan tidak berlaku penularan risiko jangkitan, terutama jika varian lebih bahaya muncul.

“Kita mampu melakukannya melalui perubahan gaya hidup dalam usaha menangani liku Covid-19 yang lebih panjang,” katanya sambil menambah ada keperluan melabur lagi untuk vaksin baharu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata Malaysia dijangka beralih ke fasa endemik Covid-19 menjelang penghujung bulan depan, sejajar dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80% populasi dewasa lengkap divaksin. FMT

Lebih banyak perlu dibuat sebelum capai fasa endemik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker