Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno

Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno

Perang Dr Mahathir Mohamad terhadap rasuah sebenarnya lebih kepada kempen terhadap pemimpin Umno tertentu, manakala pakatan kerajaan pimpinannya tidak banyak bertindak untuk mengurangkan amalan berkenaan, kata seorang bekas diplomat.

Hanya beberapa pemimpin kanan Umno didakwa di mahkamah, dalam pada Mahathir menjanjikan untuk menentang rasuah, kata Dennis Ignatius dalam bab mengenai korupsi dalam bukunya, “Paradise Lost: Mahathir & The End of Hope”.

Katanya, pemimpin yang korup di Sarawak tidak dikenakan tindakan.

Walaupun dakwaan rasuah terhadap Najib oleh Sarawak Report pantas diambil tindakan, “laporan serupa oleh portal berkenaan mengenai rasuah di Sarawak tidak dipedulikan,” katanya.

Selain itu, katanya, pelbagai skandal lain turut berlaku di Kementerian Pertahanan termasuk masalah berkaitan perolehan enam kapal tempur pesisir pantai, namun tidak diambil tindakan.

Ignatius turut berkata, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan pelbagai rasuah dan salah urusan, tetapi “tidak seorang pun ahli politik, pegawai kanan, kakitangan awam atau CEO diambil tindakan.”

Selain itu, beliau berkata PAS turut terlepas daripada penelitian sewajarnya walaupun ada laporan parti itu telah menerima RM90 juta daripada Umno melibatkan dana dikaitkan dengan 1MDB.

Tambahnya, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan hasil siasatannya kepada peguam negara “tidak siapa tahu apa kesudahannya.”

Ignatius berkata, tindakan menarik balik tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng berkaitan tanah kerajaan negeri dan pembelian banglo di bawah harga pasaran, juga tidak memberi gambaran positif terhadap komitmen Pakatan Harapan dalam melawan rasuah serta mempertahankan kedaulatan undang-undang.

Katanya, walaupun kes terhadap bekas menteri kewangan itu mungkin bermotifkan politik pada awalnya, penarikan balik kes berkenaan memberi contoh duluan buruk serta memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen Bagan itu telah diberi layanan istimewa.

Ignatius turut berkata, walaupun pelbagai inisiatif antirasuah hebat dicadangkan pentadbiran PH, amalan rasuah “tetap berleluasa.”

“Pemimpin PH banyak bercakap mengenai perang terhadap rasuah, tetapi perhatian hanya diberikan terhadap beberapa pemimpin kanan Umno.”

Katanya, walaupun memenjarakan beberapa pemimpin yang melakukan rasuah adalah baik dari segi politik, ia tidak memperbaiki keadaan keseluruhannya.

Buku Ignatius itu yang akan dilancarkan pada 9 September ini, kini boleh ditempah, dan dijual dengan harga RM60.
FMT

Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker