Kumpulan pertama remaja terima vaksin hari ini

Kumpulan pertama remaja terima vaksin hari ini. Seramai 76,400 remaja di Sarawak mula menerima vaksin COVID-19 hari ini, menjadikan mereka sebagai kumpulan pertama remaja di negara ini yang divaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata kumpulan itu terdiri daripada remaja berumur 16 serta 17 tahun dan remaja berumur 12 hingga 15 tahun yang menghidap penyakit berisiko tinggi, iaitu bermasalah dengan sistem imun.

“Saya baru sahaja berhubung dengan Menteri Kesihatan Negeri Sarawak. Kumpulan awal yang ditawarkan untuk menerima vaksin. Kadar dos pula sama seperti golongan dewasa.

“Selepas kumpulan awal ini, pemberian vaksin akan diberikan kepada remaja berumur 14 dan 15 tahun. Kemudian 12 dan 13 tahun secara berperingkat,”

Pemberian vaksin berkenaan susulan daripada keputusan dasar dibuat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang meluluskan penggunaan vaksin Pfizer kepada remaja.

Khairy berkata selepas Sarawak, vaksinasi kepada golongan remaja akan diberikan kepada negeri yang sudah mencapai vaksinasi lengkap 80 peratus golongan dewasa seperti Labuan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Sementara itu, beliau berkata, sebuah hospital medan dengan 108 katil serta dua dewan pembedahan dalam pertimbangan untuk dibina di tapak Lapangan Terbang Lama di Jalan Utara bagi menampung kes COVID-19.

Katanya, sebuah yayasan antarabangsa menawarkan untuk membina hospital berkenaan dan permohonan mengenai perkara itu sedang dipertimbang oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hospital medan sementara ini seharusnya dibina dalam tempoh singkat bagi menampung keperluan kes COVID-19, selain menunggu projek pembinaan Hospital Tawau siap sepenuhnya tahun hadapan,” katanya yang menambah projek Hospital Tawau itu kini 60 peratus siap.

Kumpulan pertama remaja terima vaksin hari ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Vaksin untuk pelajar sekolah dimuktamad Khamis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker