Polis kesan pemandu kereta langgar penunggang basikal

Polis kesan pemandu kereta langgar penunggang basikal

Seorang lelaki warga tempatan dikesan selepas disyaki melanggar lari seorang penunggang basikal di Jalan Kinabalu di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.15 pagi.

“Siasatan awal terhadap sebuah video viral berdurasi satu minit mendapati, penunggang basikal tersebut sedang menunggang dari arah Cheras menghala ke Jalan Kuching.

“Setibanya di Jalan Kinabalu, penunggang basikal terbabit telah dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, selepas melanggar penunggang basikal terbabit, pemandu kenderaan telah meneruskan perjalanan tanpa berhenti di lokasi kejadian.

“Penunggang basikal berkenaan merupakan warga tempatan berusia 33 tahun dan bekerja sebagai anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis di Balai JSPT Kuala Lumpur.

“Bertindak atas laporan, kita telah mengesan dan membawa pemandu kereta terbabit di Balai JSPT Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.” jelasnya.

Kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan masih dijalankan. K Online

Polis kesan pemandu kereta langgar penunggang basikal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker