Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak

Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak

Usai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, pasti ramai yang ingin mengetahui apa aktiviti terkini atlet terjun negara terutama si manis Nur Dhabitah Sabri.

Ketika menjenguk ke laman Facebook rasmi pemenang tempat keempat acara terjunan di Olimpik Tokyo baru-baru ini itu, atlet yang cukup selesa dengan panggilan Bitah dilihat berkongsi hidangan ringkas di hari Ahad ketika malas memasak.



“My Precious! Enjoying my kuey teow, cucur udang & rojak on my lazy Sunday from @ameencendol,” katanya dalam keterangan ringkas muat naik tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsi di akaun rasmi Facebook Nur Dhabitah Sabri itu, Bitah turut menunjukkan ketiga-tiga menu yang sedia untuk dimakan sambil tidak lupa melayangkan senyuman manis yang cukup mengetarkan jiwa setiap jejaka yan memandangnya.

Antara menu yang dipesan dari @ameencendol itu ialah Kuey Teow, cucur udang dan rojak.

Biar perkongsian yang dimuat naik Bitah kelihatan biasa, namun apa yang menarik adalah maklum balas dan komen yang ditinggalkan warganet.



Rata-rata turut menggemari menu yang dikongsi gadis manis ini tidak kurang lebih kepada memuji kemanisan senyuman dan ada juga yang nakal mencuba nasib untuk menjual ‘minyak urat’.

“Musim-musim Covid-19 ni Bitah janganlah makan banyak sangat cucur udang tu…takut tercucurik hati abam-abam rimau boyak kat luar ni,” komen Mus Rocco.

“Alhamdulillah rezeki..comelnya bila Dhabitah tersenyum manis, kata Rafidah Ab Samad.

“Manis makanan tu semanis Dhabitah,” puji warganet Nor Faez.



“Wak muko comey mato juling ko tok tuo sikit Bitah,” usik Paradom Simphat, seolah berminat bermenantukan gadis cilik ini.

Apapun, seperti pengakuan yang pernah dikongsi gadis manis ini, walaupun masih solo, hatinya telah pun dimiliki. FMT

Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker