Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa

Cermin pintu kaca masjid dan kesan tompokan darah selepas ditumbuk seorang lelaki yang berang selepas tidak dapat memasuki masjid dalam kejadian di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, Ahad lalu.
Cermin pintu kaca masjid dan kesan tompokan darah selepas ditumbuk seorang lelaki yang berang selepas tidak dapat memasuki masjid dalam kejadian di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, Ahad lalu.

Seorang lelaki ditemui meninggal dunia akibat kecederaan pada pergelangan tangan dan kaki kanan di rumah sewanya di Taman Scientex, dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mendapat maklum mengenai kejadian itu pada 7.35 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai mengamuk di Masjid Taman Scientex yang berdekatan dengan rumahnya, pada malam sebelumnya.

“Mangsa yang berusia 28 tahun itu dipercayai bertindak demikian apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak.

“Mangsa telah bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran darah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin tersebut sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, berdasarkan siasatan awal, kakak mangsa berkenaan memberitahu bahawa adiknya yang bekerja sebagai jurutera kimia sebuah syarikat, dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarganya.

Katanya, lelaki itu difahamkan sudah kira-kira enam bulan tidak bertemu dengan keluarganya di Kuala Berang, Terengganu.

Jelasnya, mayat mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah alteri dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca,” ujarnya.

Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut.

Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


BN Johor akan tanding semua kerusi dimenanginya – Hasni

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker