‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen

‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen dakwa dia tidak kritik Ismail

Bekas perdana menteri Najib Razak menolak dakwaan warganet bahawa beliau tidak lagi lantang menyuarakan kritikan serta pandangan terhadap kerajaan baharu bawah pimpinan Ismail Sabri Yaakob.

“Prinsip dan pendirian saya jelas. Jika ada peluang tambah baik, saya cadangkan. Jika salah, saya lawan. Jika baik, saya sokong,” kata beliau.



“Face to face, atau kat media sosial. Kaedahnya terpulang kepada yang sudi memahami dan mendengar suara rakyat,” kata beliau di Facebook.

Kalangan warganet membuat teguran itu setelah Najib dan Ismail berkongsi gambar perjumpaan mereka di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya semalam.

“Alhamdulillah hari ini saya bertemu dengan YAB Perdana Menteri (Ismail) bagi membincangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil,” kata Najib.

Ismail turut berkongsi gambar sama dan menjelaskan dalam pertemuan selama sejam semalam, mereka telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19.



“(Dato’ Sri) Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,” kata Ismail.

Sementara itu, Najib membayangkan pertemuan itu menerokai usaha membantu Malaysia keluar daripada krisis yang memberi kesan kepada ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat.

“Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran. Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018.

“Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita. Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing,” tambahnya.



Beliau berkata tidak ada ruang lagi untuk berdolak dalik dalam mengatasi kemelut ekonomi dan kesihatan yang melanda rakyat.

“Kita tidak mampu gagal lagi. Demi Keluarga Malaysia,” katanya. FMT

‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker