Perang proksi Azmin dan Anwar makin sengit di NS

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

BUKAN lagi rahsia kem Azmin dan kem Anwar  mengistiharkan “perang” di Negeri Sembilan. Keadaan tersebut menyebabkan suhu politik di negeri tersebut sangat panas.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa yang beliau tahu berkenaan ketidakpuasan hati kepimpinan parti negeri terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, Yusuf Tapar berkata, surat akuan bersumpah (SD) menolak kepimpinan Aminuddin yang telah ditandatangani ketua-ketua cabang dan sayap parti serta yang berjawatan dalam MPN juga sudah diserahkan kepada Anwar kira-kira empat bulan lalu.



Menurut desas desus, MB NS ini dikatakan “proksi” kepada Azmin Ali. Adakah “proksi” Anwar diarahkan untuk menamatkan dominasi politik “kem” Azmin di Negeri Sembilan? Tambahan pula, Azmin bukan lagi ahli PKR. Beliau kini bertunjangkan PPBM. Gerakan ini dilihat agak masuk akal.

Baru-baru ini, Menteri Besar NS, Datuk Seri Aminuddin Harun mengeluarkan kenyataan yang beliau terbuka dengan usaha mana-mana pemimpin PKR yang mahu beliau digantikan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu mengingatkan pihak berkenaan yang kuasa untuk melantik Pengerusi MPN adalah Presiden parti.

Bagaimanapun mereka perlu melakukan perkara itu melalui peraturan ditetapkan parti.



Sebelum itu, Timbalan Pengerusi MPN Negeri Sembilan, Datuk M Ravi menjelaskan ada cadangan daripada kumpulan tertentu di negeri itu yang mahu jawatan Pengerusi MPN diserahkan kepada pemimpin lain. Walaubagaimana pun, beliau menegaskan Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Aminuddin dilihat gagal memimpin dan memperkasakan cabang parti. Alasan tiada program boleh dilakukan ketika negara dilanda penularan COVID-19 ketika ini tidak diterima memandangkan parti lain mampu bergerak dan berkhidmat kepada rakyat dan parti.

Walaupun apa sahaja alasan yang diberi, kita sedar bahawa itu sekadar alasan semata-mata. Motif utama tetap gerakan untuk menyingkirkan Aminuddin yang dikatakan “proksi” Azmin Ali.


Sebaran :

Leave a Reply