Jalan, pasar raya di Myanmar sesak selepas seruan supaya rakyat memberontak

Jalan, pasar raya di Myanmar sesak selepas seruan supaya rakyat memberontak. Kebimbangan rakyat di Myanmar meningkat setelah Kerajaan Perpaduan Kebangsaan (NUG) menyeru rakyat negara itu untuk bersama melancarkan ‘perang pertahanan rakyat’ atau ‘people’s defensive war‘ terhadap kerajaan junta.
Menurut laporan Associated Press (AP), tidak sampai 24 jam pengumuman, pasar raya dan jalanan di ibu kotanya mulai sesak dengan orang ramai bergegas untuk membeli barangan asas sebagai simpanan dan persediaan berdepan situasi itu.
Presiden kerajaan bayangan itu, Duwa Lashi La pada Selasa menggesa agar rakyat menggerakkan pemberontakan dari setiap sudut negara bagi membantah junta tentera.
Setiap kampung dan bandar di seluruh negara katanya harus memberontak secara serentak terhadap pemerintahan Tatmadaw dan mengisytiharkan ‘darurat’.
Dia dalam masa sama meminta agar orang ramai membeli bekalan makanan, ubat-ubatan, selain menyarankan agar orang awam mengelak daripada melakukan perjalanan tidak perlu.
Krisis di Myanmar masih lagi tidak stabil sejak penahanan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang juga kerajaan memerintah sebelum ini, Aung San Suu Kyi pada Februari lalu.
Lapor AP, pertempuran turut dilaporkan berlaku di luar bandar antara militia kumpulan etnik minoriti dan tentera.
Jalan, pasar raya di Myanmar sesak selepas seruan supaya rakyat memberontak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Myanmar sudah jatuh, ditimpa tangga

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker