Anak nafi Rahim Maarof koma, hidap strok

Anak nafi Rahim Maarof koma, hidap strok

Anak kedua penyanyi rock, Rahim Maarof menafikan bapanya menghidap angin ahmar dan sedang koma seperti berita yang tular semalam.

Jasmin Rayhan, 29, menjelaskan bapanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh sejak Khamis lalu kerana penyakit darah tinggi.

Jasmin menerusi kemas kini yang dimuat naik menerusi Instagram (IG) berkata, berlaku salah faham dan berita yang tidak tepat mengenai perkembangan kesihatan bapanya.

“Bapa dirawat di Hospital Sungai Buloh sejak Khamis lalu disebabkan darah tinggi, bukan strok. Bapa juga juga tidak koma seperti didakwa.

“Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan ahli keluarga yang memberikan kenyataan kepada media kerana kami sendiri pun masih belum mendapat maklumat terkini daripada doktor,” tulisnya.

Sementara itu, bercakap kepada BH Online, Jasmin berkata, tahap kesihatan bapanya semakin baik.

Bagaimanapun, katanya, doktor menasihati bapanya supaya berehat agar cepat pulih.

“Sekiranya keadaan papa bertambah baik, dia akan dipindahkan ke wad biasa. Bagaimanapun, buat masa ini, papa masih dalam ICU untuk pemantauan,” katanya.

Jasmin meluahkan perasaan terkilan dengan penyebaran berita tidak sahih mengenai keadaan kesihatan bapanya sehingga mengejutkan saudara mara dan rakan taulan.

“Saya tahu ramai yang ingin tahu keadaan terkini papa hingga timbul salah faham.

“Sebagai wakil keluarga, saya sendiri yang akan berkongsi perkembangan terkini kesihatan papa supaya tidak lagi timbul berita mengelirukan.

“Namun, saya memohon agar diberikan ruang kepada kami untuk memahami apa yang berlaku.

“Pada masa sama, saya ingin tegaskan yang papa tidak boleh menerima sebarang pelawat. Hanya ahli keluarga terdekat saja dibenarkan,” katanya.

Bagaimanapun, Jasmin tidak menuding jari kepada sesiapa atas salah faham yang berlaku.

“Papa seorang yang sangat menjaga privasi dan tidak suka menjaja kisah peribadi kepada umum.

“Jadi, saya tak salahkan sesiapa. Bagi saya, tiada ahli keluarga terdekat juga perlu disalahkan dalam hal ini,” katanya.

Terdahulu, penyanyi berusia 68 tahun itu dikatakan koma selepas menjalani pembedahan akibat serangan angin ahmar.

Rahim yang aktif dalam arena seni suara sejak 1975 cukup popular dengan rangkaian lagu malar segar seperti, Jangan Kau Rayu, Usang, Cinta Kristal, Istana Menanti dan Shakila. BH

Anak nafi Rahim Maarof koma, hidap strok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker