Pegawai imigresen cedera dipijak, polis jalankan siasatan

Pegawai imigresen cedera dipijak, polis jalankan siasatan

IPOH: Polis sedang menyiasat laporan seorang pegawai imigresen yang mendakwa dicederakan semasa menjalani ujian kecergasan pegawai dan anggota Pasukan Taktikal Khas (Pastak) di Depot Imigresen Sementara, Bidor.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pegawai berkenaan pada kira-kira 2 pagi Jumaat lepas.

Beliau berkata kejadian dikatakan berlaku pada 9.30 pagi 9 Mac lepas iaitu hari terakhir ujian, apabila pengadu bersama dua pelatih diarah oleh seseorang yang dipercayai pegawai kanan jabatan berkenaan untuk melakukan hukuman tekan tubi sebanyak 20 kali.

“Suspek dikatakan memijak bahagian belakang leher pengadu sehingga tersungkur dan mengalami kecederaan di bahagian hidung, patah sebatang gigi hadapan, luka bahagian gusi dan bibir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata pengadu telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, Selangor, dan polis telah memanggil suspek serta semua yang terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. FMT

Pegawai imigresen cedera dipijak, polis jalankan siasatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker