Anak buaya sambar tangan ketika ambil wuduk

Seorang penduduk mengalami kecederaan di tangan kanannya akibat digigit seekor anak buaya dipercayai spesies tembaga ketika mengambil wuduk di kawasan paya di Padang Papan, Manir, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 7.25 malam itu, mangsa, Che Man Zakaria, 61, yang juga peniaga ikan darat menerima 12 jahitan akibat digigit reptilia tersebut.

Menurutnya, Che Man memberitahu, sebelum kejadian dia bersama beberapa rakannya memasang lukah untuk menangkap ikan darat di paya itu.

Katanya, dia kemudian ingin berehat sementara sambil menunaikan solat Maghrib dan kemudian mengambil wuduk di kawasan paya berkenaan.

CHE Man Zakaria menunjukkan tangan kanannya yang cedera akibat digigit seekor anak buaya di kawasan paya di Padang Papan, Manir, Kuala Terengganu, Jumaat lalu

“Sewaktu saya mencangkung untuk mengambil wuduk tiba-tiba seekor buaya dipercayai spesies tembaga seberat sepanjang dua meter dan berat lebih 50 kilogram menyambar tangan kanan saya.

“Ia menyebabkan saya turut terjatuh ke dalam paya berkenaan yang sedalam kira-kira 1.7 meter,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, hari ini.

Che Man berkata, dia bergelut dengan anak buaya tersebut dan berjaya melonggarkan gigitannya sebelum berenang ke tebing paya untuk menyelamatkan diri.

Pada masa sama, tambahnya, beberapa rakannya yang melihat kejadian itu juga cuba membantu menyelamatkannya.

“Saya kemudian menggagahkan diri dalam keadaan tangan kanan berlumuran darah menunggang motosikal pulang ke rumah sejauh kira-kira 11 kilometer,” ujarnya.

“Salah seorang anak saya kemudian membawa saya ke Klinik Kesihatan Manir sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menerima rawatan,” ujarnya.

Che Man memberitahu, dia juga mengakui pernah terserempak dengan sekurang-kurangnya tiga ekor buaya termasuk yang menyerangnya sejak awal tahun ini.

Katanya, buaya-buaya tersebut dipercayai terlepas dari Sungai Nerus yang bersambung dengan kawasan paya terbabit akibat limpahan pada musim banjir baru-baru ini.

“Harap orang ramai yang ingin memancing di kawasan paya itu agar berhati-hati. Saya bernasib baik cuma cedera dan tidak dibaham haiwan ganas berkenaan,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker