Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja

Sebaran :

Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu bertanya kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, sama ada gimnasium dan sukan padang akan dibenarkan beroperasi semula dengan berkata perlu ada kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

Faizal berkata, sektor sukan itu boleh dibuka semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, sambil menambah banyak pengusaha perniagaan industri itu sudah hampir bergelut.

“Panggung wayang dibuka? Gim dan sukan padang? Tolonglah YB @Khairykj, perlu ada kebijaksanaan dalam keputusan kita.



“Mungkin perlu dibuka dengan SOP ketat. Ramai yang hampir terhenti nafas. Tolonglah @KKMPutrajaya,” katanya di Twitter.

Beliau berkata, kementeriannya sudah mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar sektor itu dibuka semula.

“KBS telah cadangkan agar sukan padang dan gimnasium dibuka. Kuasa ada pada MKN. Harap KKM (Kementerian Kesihatan) sokong,” kata timbalan presiden Bersatu itu.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan pawagam di semua negeri dibuka kepada individu lengkap divaksin dengan 50% kapasiti mulai esok.



Beliau berkata, membenarkan lebih banyak sektor dibuka akan memanfaatkan lebih sejuta penggiat seni dan pekerja industri kreatif, serta lebih 19,000 perniagaan. FMT

Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi


Sebaran :

Leave a Reply