Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU-15

Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU-15

Pemuda DAP Wilayah Persekutuan mencadangkan agar barisan pembangkang atas dasar kebersamaan parti di dalam Pakatan Harapan (PH) bersepakat di belakang logo PH pada pilihan raya akan datang.

Semalam, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Lee Bing Hong menegaskan bahawa mereka perlu menghormati logo setiap parti dalam PH.



“Menggunakan logo sebuah parti bagi mewakili parti-parti lain di dalam sebuah pakatan politik dilihat sebagai tindakan yang agak mementingkan diri serta tidak menghormati kuasa dan kemampuan parti lain dalam menyatukan rakyat melawan kuasa yang menindas.

“Kesepakatan perlu dicapai dan adalah lebih molek dan sesuai sekiranya logo PH diutamakan,” katanya.

Menurut Lee, dia tidak menafikan pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) lalu, logo PKR telah diguna pakai sebagai logo umum untuk PH, dan penggunaannya telah dipersetujui oleh semua kepimpinan tertinggi parti di dalam pakatan.

Namun, katanya penggunaan logo PKR sebagai logo PH pada ketika itu dilihat sesuai di atas masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh beberapa parti di dalam PH.



Pada ketika itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pendaftaran Bersatu, parti komponen PH. ROS juga menolak pendaftaran PH sebagai gabungan rasmi yang sah.

Pendaftaran ini kemudian diluluskan setelah PH memenangi pilihan raya umum lalu.

Parti-parti komponen ejak itu menggunakan logo PH pada pilihan raya kecil yang lalu.

“Sudah tiba masanya untuk logo umum PH digunakan semula di PRU yang akan datang. Demi mendapatkan kepercayaan rakyat, wajar untuk pihak pembangkang menunjukkan semangat kesatuan yang teguh dan utuh, lebih-lebih lagi di dalam situasi politik negara yang kurang stabil ini.



“Oleh yang demikian, penggunaan logo PH adalah antara langkah penting bagi menunjukkan kesatuan parti-parti komponen dalam PH.

“DAP Wilayah menolak penggunaan logo PKR di dalam PRU yang akan datang dan mengutamakan logo PH bagi tujuan kebersamaan dan kesatuan antara parti,” kata Lee.

Semalam, sekumpulan pemimpin PKR WP berkata bahawa penggunaan logo PKR lebih sesuai kerana ia adalah satu “jenama yang telah dikenali lebih 20 tahun”.

Mereka juga mendakwa bahawa penjenamaan perjuangan bercogankan “Keadilan Untuk Semua” tanpa mengira kaum, agama, gender telah dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.

Antara pemimpin PKR yang membuat cadangan itu ialah tiga Ahli Parlimen PKR – P Prabakaran (Batu), Tan Yee Kew (Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa). Mk

Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU-15


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker