Mullah Mohammad Hassan dipilih Ketua Kerajaan Afghanistan

Mullah Mohammad Hassan dipilih Ketua Kerajaan Afghanistan. Taliban hari ini mengumumkan pelantikan pemimpin veteran yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mullah Mohammad Hassan Akhund sebagai ketua kerajaan baharu, di samping melantik beberapa pemimpin tertinggi mereka ke jawatan utama.

Ketua jurucakapnya, Zabihullah Mujahid dalam sidang akhbar turut memaklumkan pengasas bersama Taliban, iaitu Abdul Ghani Baradar sebagai timbalan kepada Mohammad Hassan.

Anak kepada pengasas Taliban merangkap bekas pemimpin tertingginya, Allahyarham Mullah Omar, iaitu Mullah Yaqub pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan, manakala jawatan Menteri Dalam Negeri diserahkan kepada ketua rangkaian Haqqani yang digeruni, Sirajuddin Haqqani.

Sementara itu, perunding Taliban yang berpangkalan di Doha, Amir Khan Muttaqi yang juga anggota Kabinet rejim pertama dinamakan sebagai Menteri Luar.

“Kabinet ini masih belum lengkap. Mereka hanya bertindak sebagai pemangku.

“Kami akan cuba membawa individu-individu dari bahagian lain negara ini,” katanya di Pusat Maklumat dan Media Kerajaan di Kabul.

Taliban yang kembali berkuasa sejak Ogos sememangnya dijangka mengumumkan pembentukan kerajaan apabila pemindahan pentadbiran yang diketuai Amerika Syarikat selesai pada penghujung bulan lalu.

Mereka juga menjanjikan pemerintahan ‘inklusif’ mewakili pelbagai etnik Afghanistan yang kompleks, walaupun wanita tidak mungkin dilantik di peringkat atasan kepemimpinan.

Taliban yang beralih status daripada kumpulan pemberontak kepada sebuah kerajaan, mempunyai pelbagai isu utama yang harus ditangani termasuk krisis kewangan dan kemanusiaan yang semakin teruk. – AFP

 

Askar Taliban di sebelah wanita yang berhimpun membantah kerajaan Pakistan berhampiran Kedutaan Pakistan di Kabul, hari ini. - Foto AFP
Askar Taliban di sebelah wanita yang berhimpun membantah kerajaan Pakistan berhampiran Kedutaan Pakistan di Kabul, hari ini. – Foto AFP

Mullah Mohammad Hassan dipilih Ketua Kerajaan Afghanistan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Malaysia berhati-hati mengiktiraf kerajaan Taliban – Saifuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker