Cubaan curi tabung ekzos kereta, dua lelaki ditahan [VIDEO]

Cubaan curi tabung ekzos kereta, dua lelaki ditahan

Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri tabung ekzos kenderaan di Ampang Jaya, dekat ibu negara, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak, kedua-dua suspek berusia 24 dan 25 tahun ditahan di sekitar Sungai Besi.



“Kejadian berlaku apabila pengadu, ketika berada di dalam pejabatnya, menerima panggilan telefon dan kiriman video daripada rakan.

“Video itu menunjukkan dua lelaki sedang membuat sesuatu kepada kenderaan jenis Toyota Innova milik pengadu.

“Selepas ditegur, kedua-dua suspek memberikan alasan membaiki kenderaan itu dan terus melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Iriz berwarna perak.

VIDEO DIBAWAH:-

“Pengadu mendapati komponen ekzos (catalytic converter) telah dipotong, namun tidak berjaya dilarikan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, modus operandi suspek melakukan kegiatan curi tabung ekzos bagi mendapatkan besi platinum berharga yang terdapat di dalam tabung ekzos tersebut.



Ujarnya, suspek telah mendedahkan melakukan jenayah curi tabung ekzos beberapa kali di sekitar daerah Ampang dan Kajang.

“Antara barangan yang dirampas adalah dua tabung ekzos, pelbagai peralatan membuka ekzos dan sebuah kereta Proton Iriz,” tambah beliau.

Sementara itu, Mohamad Farouk memberitahu, salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan mencuri.

“Saringan ujian air kencing kedua-dua suspek akan dibuat selepas mendapatkan perintah reman daripada Mahkamah Ampang hari ini,” jelasnya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Cubaan curi tabung ekzos kereta, dua lelaki ditahan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kanak-kanak 6 tahun hilang ditemui lemas dalam lombong



Ali Puteh berang dituduh makan duit arwah Abam Bocey

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker