Ali Puteh berang dituduh makan duit arwah Abam Bocey



Ali Puteh berang dituduh makan duit arwah Abam Bocey

KUALA LUMPUR: Pelawak Ali Puteh berang apabila dituduh menggunakan wang milik arwah abangnya iaitu Abam Bocey sebagai modal mengusahakan kebun durian.

Jelas Ali atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, komen yang ditinggalkan oleh pengguna berkenaan disifatkan melampau dan berharap individu itu segera bertaubat.

“Ya Allah masih ada lagi manusia begini hidup di muka bumi ini. Kalau masih hidup cepat-cepatlah bertaubat. Takut esok-esok pergi ke negeri abadi masih tidak dapat maaf daripada saya.

“Terlalu biadap sangat sampai kata saya makan duit arwah abang saya (Abam). Macam manalah nak cari manusia ini., tersangat biadap, kategori bangsat!” tulisnya di Instagram.




Sementara itu, dalam perkongsian tangkap layar yang dimuat naik pada hantaran tersebut, Ali juga memaklumkan dia bakal menimang cahaya mata ketiga pada penghujung tahun ini.

Menjengah ruangan komen, majoriti sebulat suara menasihati Ali supaya tidak ambil pusing dengan komen “kotor” itu. Malah, pelayar dan rakan-rakan artis terus memberikan kata-kata semangat kepadanya. Utusan

Ali Puteh berang dituduh makan duit arwah Abam Bocey


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran



Leave a Reply

Your email address will not be published.