Harga kit ujian kendiri akan disemak semula – Tengku Zafrul
Harga kit ujian kendiri akan disemak semula, kata menteri penyelaras PPN
Harga kit ujian kendiri Covid-19 akan disemak semula menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, semakan harga secara berterusan yang dilakukan itu adalah bagi memastikan ia berpatutan untuk rakyat.
“Buat masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga kit ujian ini di bawah RM20,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara dengan tema ‘Winning the War against Covid – The Road to Recovery’, lapor Berita Harian.
Minggu lalu, kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri Covid-19 pada RM19.90, manakala harga borong ditetapkan RM16.
Ia susulan berlakunya jangkaan peningkatan permintaan oleh orang ramai yang mempunyai kesedaran untuk melakukan ujian kendiri di rumah.
Sebelum ini, KPDNHEP menerima banyak rungutan bahawa harga antara RM35 hingga RM39.90 yang ditetapkan adalah terlalu mahal. FMT
Harga kit ujian kendiri akan disemak semula – Tengku Zafrul
Baca Artikel Menarik :
- Email Justo bakal buktikan Najib tidak bersalah
- Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja
- Mahathir is against academic freedom – Maszlee
- Perang proksi Azmin dan Anwar makin sengit di NS
- Nourul Depp jalani pembedahan ketumbuhan pada rahim
- ‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen
- Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa
- Dua Beradik Tiri Bergaduh Dengan Orang Awam Di PPV Ditahan [VIDEO]
- Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit
- Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak
- Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)