Nazri ramal UMNO dan Bersatu akan bergabung sebelum PRU15

Nazri ramal UMNO dan Bersatu akan bergabung sebelum PRU15. Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meramalkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bergabung di bawah satu parti sebelum pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pandangan itu dikemukakan Mohamed Nazri susulan beliau menganggap Bersatu sendiri merupakan parti serpihan UMNO dengan semua ahli parti tersebut memiliki DNA parti Melayu terbesar itu selama ini.

Bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu mengakui terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh kepimpinan kedua-dua parti termasuk isu pembahagian kerusi pilihan raya dan sentimen peribadi sekiranya perkara itu mahu direalisasikan.



Selain itu, beliau berasakan hasrat tersebut mampu tercapai sekiranya pemimpin kedua-dua parti meletakkan asas menjaga kepentingan orang Melayu, bumiputera dan agama Islam sebagai pemangkin setiap pertimbangan politik.

“Pertamanya, kita kena faham, semua orang tahu Bersatu itu adalah daripada UMNO. Ini bukan cerita sejarah 100 tahun lalu tetapi Bersatu baru ditubuhkan.

“Semua orang dalam Bersatu itu saya kenal. Mungkin disebabkan sedikit perselisihan faham, mereka keluar UMNO dan tubuh Bersatu. Pada umumnya, mereka semua mempunyai DNA UMNO.

“Saya lihat suatu hari UMNO dan Bersatu akan bertaut kembali dengan hasrat itu mungkin mampu dijayakan sebelum PRU15. Kalau kita (UMNO dan Bersatu) dapat selesaikan beberapa perkara dan meletakkan asas menjaga kepentingan Melayu, bumiputera dan agama Islam sebagai perkara paling utama, perkara itu tidak mustahil,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Sabtu.



Beliau berkata demikian bagi mengulas hala tuju hubungan UMNO dan Bersatu selepas UMNO bertanggungjawab menyebabkan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu bulan lalu.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri menegaskan, faktor utama ahli-ahli Bersatu keluar daripada UMNO sebelum ini adalah disebabkan berlaku perselisihan faham dengan mereka yang tidak berpuas hati terhadap keputusan pucuk kepimpinan UMNO ketika itu.

Justeru, beliau melihat kemampuan kedua-dua parti untuk kembali bergabung bagi menghadapi PRU15 adalah bergantung sepenuhnya terhadap hala tuju kepimpinan UMNO dan Bersatu yang baharu.

“Masalah sekarang adalah mereka (sebilangan ahli Parlimen Bersatu) dahulu bertanding atas tiket UMNO dan BN sebelum keluar menyertai Bersatu.



“Kita masih ada tempoh dua tahun sebelum PRU15 untuk menyelesaikan masalah ini.

“Selain itu, hal penyatuan semula dua parti Melayu ini bergantung kepada hala tuju kepimpinan baharu (UMNO dan Bersatu),” katanya.

Beliau turut mengajak semua pemimpin kedua-dua parti Melayu itu berjiwa besar dengan meletakkan sifat ego ke tepi demi kepentingan perpaduan ummah.

“Cuma waktu sekarang yang menjadi sukar untuk direalisasikan kerana sifat pemimpin-pemimpin parti masing-masing yang ego.



“Bagi saya, semua kena belajar semula daripada kesan kekalahan BN di Kelantan kepada Pas yang menyebabkan kita tidak dapat memenanginya semula sejak lebih 30 tahun lalu.

“Saya pun ingat bila BN kalah PRU14, kita sudah tidak mampu bangkit dan mengulangi sejarah kekalahan di negeri Kelantan. Sekarang kita diberikan peluang kedua dan jangan sia-siakannya,” kata beliau.

Nazri ramal UMNO dan Bersatu akan bergabung sebelum PRU15


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Tiada kerjasama UMNO, BERSATU pada PRU15 – Tok Mat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker