KL, Putrajaya beralih Fasa 2 PPN mulai Jumaat

KL, Putrajaya beralih Fasa 2 PPN mulai Jumaat

Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim mengumumkan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat ini.

Pengumuman itu menyusul kurang seminggu selepas Shahidan menekankan penurunan kes Covid-19 dan kadar tinggi vaksinasi di Wilayah Persekutuan.

Beliau turut memaklumkan aktiviti pelancongan di Labuan akan dibuka semula menerusi program gelembung pelancongan mulai 16 Sept ini seperti Langkawi.



Beliau mengingatkan rakyat supaya terus mematuhi SOP selepas kelonggaran diberikan.

Shaidan berkata demikian selepas meninjau tapak dan hasil pertanian kebun bandar Hijrah Warrior di Taman Desa, Kuala Lumpur.

Hijrah Warrior adalah gelandangan di sekitar Kuala Lumpur yang diselamatkan pihak berkuasa semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama pada tahun lalu.

Shahidan berkata, Hijrah Warrior Mart akan dilancarkan pada 1 Okt ini untuk memasarkan hasil pertanian dari Hiliran Anjung Kelana yang diusahakan gelandangan.



“Gerai pertama akan dibuka di Teratak Muhibbah 1, Taman Desa. Ia akan beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam.

“Seramai empat gelandangan akan bekerja mengikut syif (dua orang setiap syif) dengan gaji minimum RM1,200 dan turut disediakan tempat penginapan percuma.”
FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

KL, Putrajaya beralih Fasa 2 PPN mulai Jumaat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker