Utusan, NST tidak dibenar buat liputan di Parlimen, MalaysiaNow boleh

Utusan, NST tidak dibenar buat liputan di Parlimen

Dua akhbar tempatan iaitu Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) tidak tersenarai sebagai media arus perdana untuk membuat liputan laporan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bermula Isnin ini

Utusan Malaysia melaporkan, ketetapan tersebut merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah penubuhannya.



Ia berbeza dengan jemputan sebelum ini yang membenarkan Utusan Malaysia membuat liputan secara fizikal bersama 15 media lain.

Dalam jemputan media dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Rabu, sebanyak 16 agensi dibenarkan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama, Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebagai penyiar rasmi.

Media elektronik (TV) pula diwakili oleh TV3 dan Astro Awani.

Bagi akhbar Bahasa Melayu, ia diwakili Sinar Harian dan Berita Harian, sementara The Star dan The Sun mewakili akhbar Bahasa Inggeris.



Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Malaysia Nanban dan AFP masing-masing mewakili akhbar berbahasa Cina, Tamil dan media antarabangsa.

Media dalam talian yang turut dibenarkan membuat liputan secara fizikal di Parlimen ialah MalaysiaKini dan Malaysia Now. Sinar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Utusan, NST tidak dibenar buat liputan di Parlimen, MalaysiaNow boleh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker