Penternak lembu cedera parah diserang dengan parang

Penternak lembu cedera parah diserang dengan parang

PORT DICKSON: Seorang penternak lembu cedera parah diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai berpunca daripada isu jual beli lembu di Bukit Pelandok di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa dalam keadaan cedera parah telah datang ke Balai Polis Bukit Pelandok pada pukul 8.30 pagi memaklumkan kejadian itu dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.



Menurut Aidi Sham, mangsa berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan luka parah di bahagian hidung, kepala, leher, tangan dan mulut.

“Mangsa telah dicederakan oleh suspek yang dikenali dengan bersenjatakan parang selepas berlaku pergaduhan dalam kabin kandang lembu milik mangsa di Bukit Pelandok. Punca kejadian adalah kerana hutang isu jual beli lembu antara mangsa dan suspek yang masih belum selesai,” katanya dalam kenyatan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah menahan dua lelaki berusia 37 dan 46 tahun di lokasi berasingan untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Suspek berusia 46 tahun telah ditaham di Shah Alam, Selangor manakala seorang lagi suspek berusia 37 tahun telah ditahan di Port Dickson. Hasil semakan mendapati suspek berusia 46 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.



“Kedua-dua suspek kini masih ditahan di lokap IPD Port Dickson dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak polis masih mengesan seorang lagi suspek, C. Ragunathan, 36, beralamat di Kapar, Selangor yang masih bebas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Daniel Abdul Rahim di talian 06-6462999. Suspek yang masih bebas itu juga mempunyai satu rekod jenayah narkotik,” katanya. Utusan

Penternak lembu cedera parah diserang dengan parang




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker