‘Jutaan terima kasih’, kata polis selepas AGC tuduh ahli Armada Bersatu bunuh pengawal keselamatan

‘Jutaan terima kasih’, kata polis selepas AGC tuduh ahli Armada Bersatu bunuh pengawal keselamatan

Polis berterima kasih kepada semua pihak yang membantu merungkai kes kematian pengawal keselamatan, Thava Sagayam Santhanasamy, sehingga membawa kepada pertuduhan bunuh terhadap seorang ahli Pemuda Bersatu hari ini.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid, berkata Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk meminda pertuduhan terhadap Ahmad Noor Azhar Muhammad, daripada Seksyen 335 Kanun Keseksaan (menyebabkan cedera parah) kepada Seksyen 302 (bunuh), selepas pengkelasan semula kes itu.

Jelasnya, polis menjalankan siasatan ke atas kematian Thava bawah kesalahan membunuh sebaik sahaja pengawal keselamatan tersebut dilaporkan meninggal dunia pada 27 Ogos.

Kes 29 Dis tahun lepas itu disiasat bawah kesalahan mendatangkan kecederaan sebelum kematian pengawal keselamatan berusia 64 itu. Pada awal tahun ini, suspek dituduh mengikut seksyen itu.

“Polis Perak mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu merungkai dan menyelesaikan siasatan kes ini,” kata Mior dalam kenyataan.

Dalam pada itu, polis memohon agar tiada pihak membuat sebarang tanggapan negatif terhadap polis ketika ia masih dan sedang menjalankan siasatan.

Mior berkata kenyataan yang tidak sahih, tidak tepat, dan mengelirukan dikhuatiri boleh menimbulkan prejudis serta boleh mengganggu proses siasatan, “di samping memberi gambaran negatif terhadap badan penguatkuasa”. FMT

‘Jutaan terima kasih’, kata polis selepas AGC tuduh ahli Armada Bersatu bunuh pengawal keselamatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker