‘Skim beli rumah sambung bayar tak sah’

‘Skim beli rumah sambung bayar tak sah’

Skim pembelian rumah secara sambung bayar tidak sah dari segi undang-undang kerana tiada konsep kebebasan kontrak.

Ini disebabkan, undang-undang tidak mengiktiraf perjanjian yang dimeterai menerusi skim pembelian rumah secara sambung bayar ketika penama pertama masih terikat perjanjian dengan bank.

Berikutan itu, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) menasihatkan bakal pembeli rumah supaya tidak terjebak dengan skim pembelian rumah sambung bayar bagi mengelakkan kesulitan pada masa akan datang.

Setiausaha Agung HBA, Datuk Chang Kim Loong, berkata bukan sekadar pindah milik, malah konsep pemindahan hutang secara automatik juga tidak wujud memandangkan hartanah terikat dengan perjanjian bank dan Akta Kanun Tanah Negara 1965.

“Skim sambung bayar tidak memiliki kelayakan undang-undang yang diiktiraf. Justeru, HBA ingin menasihatkan bakal pembeli hartanah untuk tidak terpedaya atau terjebak dengan skim sebegini.

“Tiada istilah pindah milik sebegitu kerana penama atau peminjam (pinjaman bank) akan terikat dengan perjanjian serta hanya nama peminjam terdapat dalam rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG),” katanya kepada BH.

Kim Loong berkata, terdapat banyak konflik yang mungkin timbul jika bakal pembeli terbabit dengan skim sambung bayar.

Pertama, katanya, jika pihak ketiga (pembeli) gagal melunaskan pinjaman yang ditetapkan, kediaman atas nama asal pembeli akan dikenakan tindakan dan hartanah mungkin dilelong bank.

“Kedua, jika pihak ketiga membuat bayaran baik tetapi pada masa-masa tertentu pembeli asal yang namanya terdapat dalam perjanjian bank dan PTG, mereka boleh menuntut begitu sahaja.

“Situasi ini belum lagi mengambil kira tuntutan daripada waris jika penama yang menjual kepada pihak ketiga meninggal dunia. Jadi, janganlah terjebak dengan perkara ini,” katanya.

BH baru-baru ini melaporkan disebabkan situasi berdepan kesukaran membeli kediaman impian kerana harga ‘tidak masuk akal’, selain kerenah memohon pembiayaan, segelintir pihak mengambil peluang menawarkan ‘perkhidmatan’ sambung bayar rumah.

Kaedah jualan kediaman secara sambung bayar itu bukan ditawarkan ejen hartanah berdaftar, tetapi individu persendirian yang membantu kenalan, rakan mahupun ahli keluarga, yang berdepan masalah membayar komitmen berupa ansuran bulanan.

Konsep ‘sambung bayar’ dilihat menarik kerana pembeli tidak perlu bersusah payah menyediakan dokumen berkaitan kepada bank untuk memperoleh kelulusan pembiayaan, terutama bagi golongan yang berdepan kesukaran memenuhi syarat ditetapkan institusi perbankan.

Seorang ejen memberitahu BH, konsep ‘sambung bayar’ dibuat kerana tidak ramai yang berkemampuan melangsaikan keseluruhan hutang dengan bank secara tunai.

Persatuan Guaman Hartanah Malaysia juga mengingatkan pembeli supaya berhati-hati ketika membeli rumah secara sambung bayar walaupun ada perjanjian ‘hitam putih’ sebagai jaminan kononnya tidak akan berlaku penipuan. BH

‘Skim beli rumah sambung bayar tak sah’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker