Nano spray, awas jangan terpedaya
Nano spray, awas jangan terpedaya
Penjualan alat penyembur nyah kuman atau dikenali nano spray yang didakwa mampu mematikan virus Covid-19 secara meluas di pelbagai platform sehingga menyebabkannya laku bak pisang goreng panas.
Bukan sahaja dipasarkan secara online, malah alat tersebut juga dijual di tepi jalan dengan pelbagai jenama ditawarkan pada harga antara RM20 hingga RM100 setiap satu.
Situasi itu bagaimanapun mengundang keresahan persatuan pengguna yang mahu Kementerian Kesihatan (KKM) memantau trend penjualan alat berkenaan bagi memastikan tiada pihak terutamanya pengguna tertipu.
Tinjauan Kosmo! mendapati, produk berkenaan kini banyak dipasarkan penjual di sekitar pusat bandar George Town, di tepi jalan di Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Bayan Baru serta menerusi kumpulan WhatsApp komuniti.
Malah, ada penjual yang mampu menjual 10 alat penyembur sehari dan mengakui ia mendapat sambutan hangat.
Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow berkata, pengguna kini dilihat akan mendapatkan apa sahaja produk yang dikatakan mampu menghindar mereka daripada terkena wabak pembunuh itu.
Oleh itu, katanya, penggunaan penyembur nano mist itu dilihat salah satu usaha mereka, namun pemantauan berkala perlu dilakukan pihak berkuasa supaya penjualannya lebih telus.
“Kita bimbang dengan aktiviti penjualan produk nyah kuman itu yang dipasarkan secara dalam talian atau di tepi jalan oleh individu yang bukan daripada kalangan ahli farmasi atau pakar perubatan.
“Sepatutnya, produk berkaitan barangan kesihatan dipercayai diimport dari negara luar itu tidak boleh dijual sesuka hati termasuk melalui individu yang bukan pakar dalam bidang kesihatan mahupun perubatan,” katanya di sini semalam.
Dalam pada itu, katanya, pihaknya turut mempersoalkan sama ada produk tersebut telah diluluskan piawaian oleh KKM mahupun sebaliknya termasuk juga tahap ketulenan cecair sanitasi.
Tambahnya, lebih membimbangkan lagi apabila produk jalanan itu mampu mengundang risiko bahaya kepada golongan kanak-kanak yang menjadikannya sebagai alat permainan. K Online
Nano spray, awas jangan terpedaya
Baca Artikel Menarik :
- Email Justo bakal buktikan Najib tidak bersalah
- Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja
- Mahathir is against academic freedom – Maszlee
- Perang proksi Azmin dan Anwar makin sengit di NS
- Nourul Depp jalani pembedahan ketumbuhan pada rahim
- ‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen
- Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa
- Dua Beradik Tiri Bergaduh Dengan Orang Awam Di PPV Ditahan [VIDEO]
- Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit
- Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak
- Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)