Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar

Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar

RAMAI yang keliru susu mana yang bagus. Sebabnya macam-macam susu dengan pelbagai jenama banyak dijual di pasaran sekarang.

Bagaimanapun, perkongsian dari Dr Yazeed Hair Johari ini boleh membantu kita buat pilihan terbaik untuk seisi keluarga.

Sebab pemilihan susu yang betul juga boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam badan dan membuatkan badan kekal sihat tanpa peningkatan berat yang mendadak.

FULL CREAM VS LOW FAT

Ini adalah perbandingan di antara full cream milk dan low fat milk. Kalau anda perhatikan, kandungan gula dalam low fat milk ini sebenarnya tinggi.

Kenapa tak bagus? Ini berkait dengan fisiologi badan manusia. Untuk memecah lemak, badan perlu menjalani proses lipolysis iaitu:

Lipo – Lemak

Lysis – Pemecahan

Jadi, selagi anda ambil gula tinggi, maka akan terhasil insulin yang tinggi. Sekiranya insulin tinggi, maka insulin akan halang proses lipolisis.

Jadi kalau minum low fat milk, sampai bila-bila pun takkan pecah lemak kerana kandungan gulanya yang lebih tinggi macam apa yang diterangkan tadi.

Jadi lebih baik ambil full cream / fresh milk sebab kandungan gulanya lebih rendah.

Abaikan jumlah kalori, akan tetapi jika ambil full cream milk, ambillah dalam kandungan yang sedikit. Kalau sebelum ini biasa ambil segelas, cukup hanya ambil 1/2 gelas.

Gula pada full cream milk lebih rendah berbanding low fat milk.

Jangan terpedaya dengan istilah “low fat” ini, tidak kiralah susu, mentega, yogurt atau apa-apa produk low fat lain.

Jadi di sini, kalau nak pecah lemak, anda bukan berperang dengan lemak. Tapi musuh utama adalah GULA!

Tapi kalau anda jumpa susu low fatlow sugar lebih bagus low sugar tu jika kandungan gula kurang daripada 2g/100ml.

Kalau ada pilihan itu, lebih baik. “Low fat, low sugar“, ini baru betul. Tapi saya belum pernah jumpa lagilah.

Tak percaya? Tak apa. Cuba dulu dalam masa sebulan.

✅ Tinggalkan segala air minuman bergula

✅ Minum air kosong 2 ke 2.5 liter sehari

✅ Turunkan jumlah nasi kepada 1/4 (suku)

✅ bagaimana dengan pemilihan sayuran?

Kena ingat ni, sayur-sayuran pun ada karbohidrat tinggi. Karbohidrat ini pun adalah sumber gula juga.

Jadi anda kena tahu, sayuran apa yang lebih baik dan kurang gula.

SAYURAN KARBOHIDRAT TINGGI ( Tinggi gula )

– Sayuran yang tumbuh di bawah tanah

Contoh: Lobak merah, kekacang, kentang dan lain lain

SAYURAN KARBOHIDRAT RENDAH

– Sayuran yang tumbuh atas / di luar tanah

Contoh: Sayuran hijau, kangkung, sawi, taugeh

Adakah gula tak penting dalam badan? Gula pun penting tapi kena ingat juga, dalam badan kita banyak simpanan gula.

Kalau anda seorang yang normal tanpa diabetis, gula akan diambil dan dipecahkan dari dalam badan.

Sebab tu untuk orang normal, tidak ada terma hypoglycemia (darah kurang gula). Contoh, air manis yang takkan membuatkan kita pecah lemak dan kurus.

Jadi, anda boleh teruskan makan nasi, tapi jumlah 1/4 sahaja. Cukuplah nasi itu jadi sumber gula. Yang lain tu, nak makan paha ayam goreng pun boleh; nak makan telur goreng pun tak kisah.

Cuma kalau ambil terlalu banyak makanan yang berminyak, pecahkan lemak itu dengan berjalan biasa, 5,000-10,000 step sehari, tiga kali seminggu pun okey.

Sebab lemak memang mudah dipecahkan jika anda tidak mengambil gula. Bila tak ambil gula, maka tak adalah penghasilan insulin.

Bila dah tak ada kenaikan paras insulin, maka proses lipolisis pecah lemak tadi tidak terganggu.

Jadi bolehlah anda pecah lemak setiap hari. Macam itulah konsepnya. Kalau anda faham konsep ini, cubalah sebulan.

Setakat sebulan pecah 2 ke 3 kg lemak, dah ramai pesakit yang berjaya.

Tapi kalau nak lagi cantik, pergi gym angkat berat. Tak caya cuba dulu. Pasti badan macam artis Hollywood.

Tak faham lagi? Siapa yang belum faham tentang low fat boleh sambung baca di sini: https://dryazeedhairi.com/mitos-low-fat-sebagai-pelaris…/

Kredit: Dr Yazeed Hair Johari

*Artikel asal di Pa&Ma 

Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU-15

Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker