Remaja dibelasah 10 lelaki kerana wanita asing [VIDEO]

 

Tangkap layar video 10 lelaki membelasah seorang remaja selepas disyaki berang berkenalan dengan wanita warga asing dalam kejadian di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja cedera diserang sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran di pusat bandar raya ini, awal pagi hari ini dipercayai berpunca daripada seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 5.15 pagi.

“Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui laman sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

“Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka.

“Mangsa bertindak melarikan diri di kawasan berhampiran sebelum dikejar oleh enam lagi lelaki, sehingga akhirnya dia dibelasah sekumpulan 10 lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” jelasnya.

Sementara itu, beberapa rakaman video tular memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan individu berhampiran sebuah restoran di pusat bandar raya Johor Bahru.

Rakaman video turut menunjukkan lelaki berkenaan mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala dan badannya. Mangsa turut dipukul menggunakan kon.-KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker