Lelaki tidur seharian ketika uji keselesaan tilam berharga lebih RM12,000

Pelanggan itu terlena semalam sebelum tersedar dan membayar harga tilam itu keesokan harinya. – Weibo

BEIJING – Sebuah kedai tilam di wilayah Zhejiang, China menjadi tular di media sosial apabila memuat naik rakaman seorang pelanggannya tertidur di atas sebuah tilam semasa membuat pilihan tilam yang ingin dibeli, lapor laman berita Mothership semalam.

Klip video itu dimuat naik di platform media sosial tempatan, Weibo dan memaparkan seorang lelaki berbaring untuk menguji keselesaan tilam yang mahu dibeli sebelum tertidur dengan lenanya.

Kebanyakan kedai tilam tidak membenarkan perbuatan tersebut atas faktor kebersihan,namun  pekerja di situ bukan sahaja membiarkan sahaja pelanggannya tidur, malah mereka juga menyediakan selimut dan menutup lampu supaya  dia dapat tidur dengan lebih selesa.

“Dia datang untuk membeli tilam, cuba berbaring dan tiba-tiba sahaja, kami mendengar  bunyi berdengkur,” kata pemilik kedai.



Ternyata tilam itu sangat selesa kerana pelanggan itu hanya tersedar pada keesokan hari dan terus ke kaunter untuk membuat bayaran.

Harga tilam itu bersamaan S$3,823 (RM12,390).  – Agensi

Lelaki tidur seharian ketika uji keselesaan tilam berharga lebih RM12,000

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker