Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

KEPALA BATAS: Seorang koperal polis cedera parah, selepas diseret hampir 20 meter sebelum terjatuh ke dalam longkang ketika mengejar seorang lelaki yang melarikan diri dalam kejadian di Penaga di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, beberapa anggota polis dalam pemantauan Task Force Op COVID-19 di kawasan berkenaan, terserempak seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan menggunakan nombor pendaftaran yang diubah suai.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata selepas memperkenalkan diri, anggotanya mengarahkan lelaki berkenaan memberhentikan motosikalnya di tepi jalan bagi pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun, lelaki itu terus memecut laju dengan menunggang motosikalnya secara berbahaya, menyebabkan anggota polis terpaksa mengejarnya.

“Apabila tiba di satu simpang, suspek telah melanggar motosikal anggota polis berusia 30 tahun yang berada di sebelah kanan menyebabkan anggota itu terseret hampir 20 meter sebelum terjatuh ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, suspek meloloskan diri dari lokasi tetapi tidak lama kemudian dia berjaya ditahan di kawasan berhampiran.



“Pemeriksaan terhadap suspek lingkungan 20-an itu tidak menemui barang salah dan dia dipercayai melarikan diri dari polis kerana tiada lesen memandu.

“Saringan kencing ke atas suspek mendapati dia juga negatif dadah. Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam,” katanya.

Sementara itu, Noorzainy berkata, anggota polis yang cedera dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan lanjut.

“Anggota berkenaan cedera parah dengan patah bahu kanan dan luka pada badan, manakala suspek turut mengalami calar pada badan,” katanya. BH



Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sanggup mengaku sepupu elak dicekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker