Bukit Aman minta Najib serah dokumen

Bukit Aman minta Najib serah dokumen

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman meminta Datuk Seri Najib Razak menyerahkan dokumen berkaitan laporan dibuat bekas Perdana Menteri itu terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Laporan polis itu mendakwa, saman tuntutan cukai yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan berkenaan bermotifkan politik.



Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat Najib terhadap LHDN, kelmarin.

“Pada masa ini, pihak polis sudah meminta Najib mengumpulkan segala dokumen yang dimilikinya sebagai bukti untuk kita melakukan siasatan.

“Bagaimanapun, tiada tempoh masa diberikan kepada beliau untuk menyerahkan segala dokumen kepada pihak polis,” katanya kepada BH.

Kamarudin berkata, siasatan sedang dijalankan dan pihak polis juga sedang berusaha mendapatkan segala butiran dan maklumat lain.



Najib memuat naik kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya kelmarin, mendakwa ada pegawai LHDN dan ahli politik yang menyalahgunakan kuasa mereka dan menggunakan dokumen palsu untuk menganiaya dirinya.

“Ada yang datang menemui saya dan memohon maaf serta memberitahu saya bahawa kes cukai tambahan RM1.7 bilion ini sebenarnya tiga kali disiasat sejak 2018.

“Malah, mereka sendiri akui selepas tiga kali siasatan itu dijalankan dengan penuh teliti, mereka tidak menemui apa-apa kesalahan yang dilakukan saya dan tiada penalti cukai yang patut dikenakan terhadap saya,” katanya. BH

Bukit Aman minta Najib serah dokumen




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sanggup mengaku sepupu elak dicekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker