KJ mungkir janji mengenai kes mati BID, kata Lim

KJ mungkir janji mengenai kes mati BID, kata Lim

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin belum mengotakan janjinya untuk memberikan lebih banyak perincian berhubung angka kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) akibat Covid-19.

Bagaimanapun katanya, pembinaan laman web baru yang menyediakan maklumat terkini berkaitan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan amat dialu-alukan.



“Semasa Khairy berkata yang angka kematian ini tidak semestinya daripada 24 jam yang lepas kerana terdapat backlog yang panjang untuk mengesahkan punca kematian, beliau jelas sekali mengatakan yang kadar kematian BID akibat Covid-19 ini sebenarnya jauh lebih tinggi.

“Beliau berjanji untuk membuat pengumuman dan penjelasan lanjut mengenai angka BID yang tinggi pada Rabu selepas beliau mendapatkan data baharu namun sehingga kini Khairy masih belum menunaikan janjinya itu.

“Peningkatan jumlah kes BID yang begitu tinggi dilihat banyak berlaku dalam bulan Ogos, kerana pada Julai terdapat kira-kira 500 kes BID, meningkat tiga kali ganda kepada lebih 1,600 kes pada bulan Ogos,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan akan mengubah kaedah laporan mengenai kematian akibat kes Covid-19 bagi memberikan gambaran situasi semasa dengan lebih tepat.



Khairy berkata melalui kaedah sekarang data harian mengenai kematian akibat wabak itu bukannya diambil dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Untuk rekod semakan Malaysiakini di laman web Covidnow KKM tidak menyediakan laporan lengkap kematian BID akibat Covid-19.

Bagaimanapun laman web berkenaan menyediakan laporan menyeluruh tentang maklumat semasa berkaitan dengan wabak itu. Mk

KJ mungkir janji mengenai kes mati BID, kata Lim




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sanggup mengaku sepupu elak dicekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker