Doktor terlampau dicekup polis

Doktor terlampau dicekup polis

Tindakan seorang lelaki yang juga merupakan seorang doktor di sebuah klinik swasta di sini merakam pekerja wanitanya di dalam tandas akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada mangsa warga tempatan yang berusia 30 tahun berhubung kejadian kira-kira pukul 2.30 petang.



“Wanita berkenaan mendakwa, majikannya yang juga warga tempatan berusia 46 tahun itu telah merakamkan kelakuannya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit setelah dia terlihat peranti berkenaan diletakkan di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka.

“Mangsa yang mengecam telefon bimbit itu milik suspek terus mencapai beg tangannya ingin keluar daripada klinik namun dihalang oleh lelaki berkenaan yang turut meminta agar telefon bimbitnya itu dipulangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, suspek juga berjanji akan memadamkan rakaman tersebut di hadapan mangsa lalu wanita berkenaan menyerahkan kembali telefon bimbit tersebut kepada majikannya itu.

“Berdasarkan risikan maklumat, kira-kira pukul 7.30 malam sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuat tangkapan ke atas suspek di kawasan Petaling Jaya dan merampas telefon bimbit jenis Redmi MI 9T Pro.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 509/377D Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” tegas beliau. K Online

Doktor terlampau dicekup polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sanggup mengaku sepupu elak dicekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker