Tuan rumah terkejut bekas penyewa sengaja tinggal 19 tarantula, ular sawa

Tuan rumah terkejut bekas penyewa sengaja tinggal 19 tarantula, ular sawa

Kita sering mendengar tentang penyewa dari neraka yang bukan saja merosakkan harta benda milik tuan rumah malah ada yang mencurinya.

Namun, berbeza kisahnya dengan pemilik akaun Facebook Mr. Drew and His Animals Too apabila dia menerima panggilan kecemasan dari seorang pemilik rumah sewa.



“Terima satu panggilan dari seorang pemilik rumah sewa yang agak cemas hari ini mengenai beberapa jenis haiwan yang ditinggalkan di pangsapurinya di Auburn,” tulis pemilik akaun Facebook tersebut.

Difahamkan, sejumlah 19 ekor labah-labah dan seekor ular sawa ditinggalkan oleh bekas penyewa itu dan perbuatan ini membuat ramai pengguna media sosial tertanya-tanya selain ada yang turut bersedih.

Menurut Mr. Drew and His Animals Too, tuan rumah tersebut menceritakan bagaimana dia menemui semua araknid dan reptilia yang ditinggalkan penyewa rumahnya.

Haiwan tersebut ditinggalkan tanpa air sehingga menyebabkan empat daripada 19 labah-labah tersebut mati.



Perkongsian itu turut menjelaskan bahawa menyimpan tarantula sebagai haiwan peliharaan adalah satu kesalahan jenayah di Maine.

“Semuanya dalam keadaan baik. Dunia saya tidak pernah membosankan,” kata perkongsian itu menutup bicara.

Perkongsian itu turut memaparkan beberapa imej berbeza tarantula dan ular sawa terbabit.

Sejak dikongsi beberapa hari lalu, ia mengundang ribuan maklum balas dan komen warganet.



“Saya sangat sedih dengan kejadian ini, tapi bersyukur anda berada di Maine dan tuan rumah menghubungi anda untuk bantuan. Terima kasih banyak. Anda semua melakukan kerja yang hebat,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Sungguh sedih kerana ada haiwan yang mati, apapun syukur banyak yang dapat diselamatkan,” kongsi seorang lagi warganet.

“Terima kasih kerana menyelamatkan dan menjaganya dengan baik,” ujar seorang lagi pembaca. FMT

Tuan rumah terkejut bekas penyewa sengaja tinggal 19 tarantula, ular sawa




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker