Resepi Sambal Goreng Tempe Garing

Resepi Sambal Goreng Tempe Garing

Sambal Goreng Tempe amat enak dimakan begitu sahaja. Ianya juga enak dimakan bersama nasi putih ataupun bersama lauk lain. Ianya amat versatil kerana tahan lama dan lazat.

Sambal Goreng Tempe Garing yang kami bawakan ini adalah versi Jawa. Rasanya amat enak dan pasti akan digemari ramai. Cara pembuatannya juga mudah jadi sesuailah buat mereka yang amatur.



Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Noraisyah dan telah mendapat jumlah perkongsian yang tinggi di media sosial! Wah, confirm menjadi!

Bahan – bahan:

Kentang 8 biji
Tauhu 8 keping
Tempe 8 keping
Bawang besar 6 biji (hiris)
Bawang merah 10 biji (hiris)
Bawang putih 10-15 biji (hiris)
Cili merah 6 biji (hiris)
Cili hijau 6 biji (hiris)
Halia 1-2 inci (cincang)
Suhun
Tauhu kering
Ikan bilis
Garam
Gula
Minyak masak
Air asam jawa
Kicap

Cara – cara memasak:



Potong dadu kentang dan basuh bersih, tauhu, tempe, kemudian goreng satu-satu, toskan. Bermula dengan kentang, tauhu dan tempe. Gunakan minyak yang sama je.

Dengan menggunakan minyak yang sama, kalau banyak sangat kurangkan sikit, terus tumis bahan-bahan hiris, halia dan ikan bilis sampai layu. Kalau ada udang boleh masukkan udang masa ni.

Kemudian, masukkan kentang, tauhu dan tempe yang dah digoreng tadi. Masukkan juga air asam jawa, kicap, garam dan gula. Gaul rata.

Masukkan pula suhun dan tauhu kering yang dah direndam dan dipotong kecil. Rasa dulu. Agak-agak dah cukup rasa semua. bolehlah matikan api dan dihidangkan



Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Sambal Goreng Tempe Garing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Resepi Overnight Oats Peanut Butter Coklat Sarapan Pagi Bagi Kurus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker