Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik

Oleh Nurul Aisyah

KESANGSIAN rakyat Malaysia terhadap kredibiliti Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM telah terjawab. Memang beliau dilihat sangat tidak layak memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM namun rakyat tidak mampu berkata apa-apa berkenaan perkara tersebut memandangkan beliau adalah lantikan politik era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Dr Mahathir Mohamad.

Kekusutan yang dicetuskan oleh Latheefa Koya kini membebankan SPRM. Perlu kita ingat bahawa tindakan Latheefa Koya tersebut atas arahan mereka yang berkepentingan politik atau lebih tepat yang melantik beliau.

Pendakwaan kes Ehsanuddin dilakukan ketika Latheefa Koya menjadi ketua pesuruhjaya SPRM. Beberapa hari lalu, Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang berkata, terdapat elemen kekurangan dalam siasatan serta keputusan pendakwaan ketika itu oleh peguam negara dalam kes pendakwaan membabitkan bekas ahli Lembaga Pengarah FELDA, Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid pada 2019.

Dakwaan ini sangat berat dan serius. Latheefa juga adalah individu yang bertanggungjawab membocorkan sembilan rakaman audio perbualan Najib Razak dengan putera Emiriah Arab Bersatu tanpa alasan kukuh dan dianggap bermotifkan politik semata-mata.

Beliau sebagai ketua pesuruhjaya SPRM dilihat tidak membuat pertimbangan menyeluruh dalam kes pendakwaan membabitkan Noor Ehsanuddin. Imej SPRM sebagai agensi bebas, adil dan profesional tercalar.

Justeru itu, sangat wajar Latheefa Koya disiasat. Perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri juga mesti segerakan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) terhadap Tommy Thomas. Dua individu ini dilihat mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam membuat pendakwaan terpilih dan salah guna kuasa.

Wujud terlalu banyak misteri dalam kes Ehsanuddin dan beberapa kes berprofil tinggi yang lain. kritikan keras Abu Zahar (LPPR) menguatkan lagi kesangsian terhadap kes-kes pendakwaan semasa Mahathir menjadi perdana menteri.

Jika perkara ini tidak disiasat dengan terperinci dan menyeluruh semula maka ramai individu akan menjadi mangsa penganiayaan politik ketika Mahathir berkuasa.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker