Covid-19 ragut nyawa ke-16

Seorang warga tempatan berusia 75 tahun disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi, kematian ke-2 hari ini.

“Punca jangkitan Covid-19 beliau masih dalam siasatan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook malam ini.

Mangsa, dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik, menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac dan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac.

FMT



Kesihatannya merosot lalu dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif Covid-19 pada 21 Mac.

Perkembangan ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 seramai 16 orang setakat ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker