Myvi baharu lebih sporty

Sebaran :

Myvi baharu lebih sporty

Perodua menawarkan standard terbaharu bagi Myvi generasi ketiga dengan teknologi yang dinaiktaraf, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik, penampilan baharu yang ‘sporty’ serta warna baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, penambaikan itu dilakukan bagi memenuhi jangkaan para pelanggan yang semakin meningkat dan pada masa yang sama menawarkan nilai yang lebih hebat.

Varian Myvi baharu termasuk 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G.



Semua varian hanya didatangkan dalam transmisi automatik kerana Perodua telah menghentikan transmisi manual.

“Kami juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi baharu ini kepada 22.2km/ liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini,” katanya.

Varian AV, H dan X serta salah satu varian G akan mempunyai sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang terkini, direka dengan mengutamakan keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

Perodua Myvi baharu ini juga turut memperkenalkan warna baharu iaitu Cranberry Red, yang hanya tersedia untuk varian AV.



Warna lain termasuk Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

Harga bagi Myvi baharu ini ditawarkan dari RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans). MG

Myvi baharu lebih sporty


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?


Sebaran :

Leave a Reply