PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin

Sebaran :

PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin

Pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) malam tadi cuba meyakinkan pengundi-pengundi Melaka bahawa gabungan itu ialah pilihan terbaik dalam pilihan raya negeri Melaka.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dalam ucapannya yang disampaikan secara dalam talian kerana kekangan kempen fizikal akibat Covid-19, menghentam Umno yang dianggap sebagai seteru utama berbanding Pakatan Harapan.

Walaupun Muhyiddin menyerang PH dengan menyatakan perjuangannya tidak konsisten dengan perjuangan orang Melayu dan Islam, namun bekas perdana menteri dilihat lebih banyak menyerang kepimpinan Umno, khususnya pemimpin yang menghadapi pertuduhan rasuah.



Muhyiddin menyifatkan Umno sebagai parti yang mengutamakan kepentingan sendiri berbanding rakyat semasa pandemik Covid-19 dengan merujuk kepada rampasan kuasa di Perak pada Disember 2020, di peringkat persekutuan pada Ogos dan krisis Melaka bulan lalu sehingga menyebabkan pilihan raya negeri.

“PN dan saya sedar rakyat tidak mahu pilihan raya (semasa pandemik). Bukan setakat itu sahaja, mereka marah. Mengapa keadaan sebegini berlaku di Melaka.

“Menurut peruntukan perlembagaan, saya boleh meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen dan dengan itu akan diadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan yang baru.

“Tetapi saya sedar kalau saya buat begitu saya adalah manusia yang tidak bertanggungjawab kerana negara pada masa saya berada di tampuk pentadbiran kerajaan berada dalam situasi yang masih sukar. Bukan sahaja masalah Covid-19 yang belum kita dapat atasi sepenuhnya dan vaksinasi pun baru bermula tetapi juga kesan pandemik ini agak besar kepada negara kita.



“Disebabkan itu saya berpendapat sebaik mungkin saya meletakkan jawatan dan dengan sebab itu proses yang ada dalam perlembagaan adalah untuk mencari pengganti (perdana menteri),” kata Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan di majlis Pentas PRN Melaka Bersama Pimpinan yang diadakan di Shah Alam malam tadi.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli DUN (Adun) menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov ini sebagai tarikh mengundi.

Kata Muhyiddin dia juga boleh melakukan perkara yang sama dalam mana-mana krisis politik yang berlaku.

Sebagai contoh, katanya, Umno pada mulanya sepatutnya dipimpin oleh Bersatu tetapi dia mengalah selepas Umno menuntut jawatan dominan.



Katanya, begitu juga apabila dia terpaksa bersetuju untuk menggantikan timbalan presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu dengan Saarani Mohamad dari Umno ketika rampasan kuasa di Perak Disember tahun lalu.

‘Saya boleh balas di Johor’

Katanya, ini termasuk di Johor.

“Kalau saya hanya mengambil berat tentang parti saya, di negeri Johor, Bersatu ada 14 kerusi, Umno dan MIC ada 15 kerusi, keseluruhannya 29 kerusi. PH ada 27 kerusi. Jadi majoriti dua kerusi sahaja.

“Jika saya berniat jahat dan hanya mencari kepentingan politik, saya boleh melakukan perkara yang sama untuk negeri Johor hanya dengan mengeluarkan dua Adun dan menyebabkan kerajaan Johor sekarang tumbang.

“Tetapi saya tidak mahu bertindak bodoh dan berniat tidak baik untuk menimbulkan masalah yang sama di Johor. Bukan kerana ia negeri saya tetapi untuk memelihara kebajikan dan kepentingan rakyat,” tambah Muhyiddin.

Menyedari langkah 15 ahli parlimen Umno menggulingkannya sebagai perdana menteri pada Ogos ,Muhyiddin berkata ini bukan kali pertama beliau mengalami pengalaman sedemikian.

Kata Muhyiddin ketika dia dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 2015 apabila beliau bercakap mengenai skandal 1MDB.

“Hari ini jelas terbukti pepatah Bahasa Inggeris ‘vindication’… kerana masalah itu sekarang berada di mahkamah jadi saya tak nak sentuh soal itu,” katanya.

“Tetapi saya nak nyatakan hal begitu berlaku sewaktu saja menjadi timbalan perdana menteri dan kerana saya tahu perkara ini adalah satu perkara yang besar dan kalau kita tak bangkitkan dan timbulkan kesedaran rakyat ini adalah satu malapetaka kepada negara kita, yang melibatkan kerugiaan kepada negara bernilai berpuluh bilion ringgit dan sekarang ini terdedah,” kata Muhyiddin.

Katanya, adik perdana menteri Najib Abdul Razak ketika itu, Nazir Abdul Razak, juga baru-baru ini menulis mengenai isu itu.

Najib, yang merupakan ahli parlimen Pekan dan mengetuai BN, telah dalam pilihan raya umum 2018 di tengah-tengah skandal 1MDB.

Dia adalah antara 15 ahli parlimen yang menentang Muhyiddin.

Muhyiddin berkata selepas dipecat pada 2015, dia terus membentuk Bersatu untuk mencabar Najib.

Muhyiddin berkata, dia merasakan keperluan untuk bersuara mengenai isu 1MDB kepada Najib pada masa itu, kerana beliau mempunyai kuasa sebagai timbalan perdana menteri.

Muhyiddin berkata dia bekerjasama dengan PH pada masa itu kerana pakatan diperlukan untuk mencabar Najib, tetapi beliau berasa tidak selesa selepas menang dan membentuk kerajaan dengan pakatan terbabit.

“Sewaktu saya berada dalam gabungan itu saya dapati agak sukar, kerana jiwa saya ini tidak boleh tenang sewaktu berada di situ (dalam PH) kerana desakan dan tuntutan serta cara pentadbiran bersama rakan-rakan dalam PH saya kira tidak selari dengan perjuangan saya, perjuangan orang Melayu, perjuangan Islam, apa lagi perjuangan rakyat Malaysia.

“Saya beritahu Tun Dr Mahathir, kalau kita duduk lama lagi di sini Tun (Mahathir), dalam pilihan raya umum akan datang ini kita akan hilang daripada peta, sejarah politik tanah air.

“Pilihan raya (kecil) demi pilihan raya kecil kita (Bersatu) kalah dan antara sebab kekalahan itu adalah orang Melayu melihat Bersatu bergabung dengan kumpulan sebegini, maka tentu pada pandangan masyarakat Melayu dan juga bukan Melayu ini tidak selarui dengan perjuangan kita,” katanya.

Namun, Muhyiddin berkata entah bagaimana, perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir tidak sependapat dengannya sekali gus meletakkan jawatannya.

“Kami pergi ke rumah beliau (Mahathir) bawa akuan berkanun yang banyak-banyak itu, lebih 131 ahli parlimen nak menyokong beliau tetapi dia buat keputusan menolak,” katanya.

Muhyiddin berkata ini mendorong dia untuk mengambil alih dan menjadi perdana menteri seterusnya.

Muhyiddin mengulangi sebagai perdana menteri, sekumpulan tertentu dalam Umno telah menuntut dia campur tangan dalam kes mahkamah.

“Ada kluster mahkamah ini, yang sudah diketahui umum… saya tidak bersedia untuk mengorbankan prinsip saya untuk tujuan politik dan sebab itu saya digulingkan – dan sekali lagi Umno berada di belakangnya,” katanya.

Bagi menghalang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan PH daripada berkuasa, Muhyiddin berkata dia sanggup mencalonkan Ismail Sabri Yaakob dari Umno sebagai perdana menteri yang baru, yang turut disokong 15 ahli parlimen Umno untuk menggulingkannya.

“Saya mengambil langkah luar biasa. Umno yang menjatuhkan saya tetapi saya mencadangkan Ismail Sabri dicalonkan sebagai PM.

“Kenapa? Untuk menyelamatkan negara kita. Kita tidak bersedia untuk negara kita jatuh ke tangan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau (Lim) Guan Eng.

“Jadi, saya dengan rela hati mencalonkan Ismail Sabri dan beliau mendapat sokongan termasuk ahli Umno (yang tidak menyokong saya) dan beliau dipilih menjadi PM,”katanya.

PN bertanding kesemua 28 kerusi di Melaka. Bersatu akan bertanding 15 kerusi, PAS (8) dan Gerakan (5).

PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini. Mk

PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi


Sebaran :

Leave a Reply