4 abang rogol adik ditahan polis

Sebaran :

4 abang rogol adik ditahan polis

Bukit Kayu Hitam: Polis menahan empat beradik lelaki di sini, yang disyaki merogol adik sendiri sejak lebih tiga tahun lalu.

Difahankan, mereka merogol mangsa berusia 13 tahun itu secara bergilir di rumah di daerah ini, sebelum kegiatan itu terbongkar baru-baru ini.

Mangsa dikatakan menceritakan perbuatan keji empat abangnya itu kepada ibunya sebelum laporan polis berhubung kejadian dibuat pada Ahad lalu.



Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini dengan dua daripada suspek ditahan, 5 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati dua lagi abang mangsa turut terbabit dan mereka ditahan antara 1 hingga 4 petang semalam.

“Difahankan, empat beradik lelaki itu adalah dari bapa yang sama, tetapi berlainan ibu dengan remaja perempuan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan semua suspek ditahan bagi membantu siasatan.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017. HM

4 abang rogol adik ditahan polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga



Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *