Roti canai biawak (video)

Roti canai biawak (video)

Keunikan seorang pengusaha roti canai mencipta roti canai berbentuk biawak mendapat perhatian orang ramai.

Rakaman cara-cara roti canai itu disediakan turut tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsi di laman Twitter @wahyuyordans, roti canai itu disediakan dengan teliti bagi menghasilkan bentuk menyerupai biawak.

Selepas siap dimasak, roti canai itu dihidangkan dengan dua biji telur setengah masak dan dimakan bersama kuah kari.

Tinjauan di ruang komen mendapati, walaupun rupa bentuk roti canai itu agak ngeri, orang ramai turut memuji kreativiti peniaga tersebut.

“Bentuk biawak ke? Tapi kenapa terbayang bentuk cicak. Haha lain macam, tapi teringin juga nak rasa. Telur tu nampak menarik,” kata Yatt.

“Kreatif sungguh. Agak-agak harga kayangan tak ni? Tengok bukan senang nak buat,” kata Bob.

“Orang Malaysia kadang-kadang kreatif sangat luar daripada kotak,” kata Charms. K Online

Roti canai biawak (video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker