#PRNMelaka2021: Rauf Yusoh Part 1

Sebaran :

Oleh Megat Terawih

Ada orang dia suka menunjuk. Ada pelbagai sijil pencapaian akademik dari SRP/PMR sehinggalah kepada pencapaian tertinggi, Phd.

Ada manusia dia suka bercakap berkenaan apa yang dia ada, kekayaan dan harta yang dimiliki serta menunjukkan kemewahan apa yang dia dan keluarganya ada. Pendedahan di akaun media sosial peribadi hampir setiap hari. Dari bangun tidur, gambar makanan yang disantapi, naik kenderaan mana hari ini dan bersantai di mana ketika bercuti termasuk bersidai dengan sahabat rakan dan taulan serta keluarga.

Salah? Jawapannya tidak. Terpulang pada tafsiran dan kegemaran masing-masing. Itu hak eksklusif kendiri.



Ada juga individu yang tidak banyak bercerita tentang kisah hidupnya. Yang tahu maka tahulah siapa dia. Yang separuh tahu, mereka mungkin hanya tahu di awal pencapaian dan tidak tahu secara terperinci kisah kejayaan walau mengaku mengenali itu adalah sahabatnya.

Watak asli bukannya sandiwara.

Individu ini suka dan fokus bila bekerja. ‘Cakap serupa bikin dan bikin apa yang beliau cakap’. Baginya, objektif kemajuan diri, keluarga dan orang di sekelilingnya adalah yang utama. Impak kejayaan yang beliau perolehi semua dapat merasa. Itu matlamat hidupnya. Lilin, diri berkorban untuk keseluruhan warga yang ada di dalam jajaran kawasannya atau persekitarannya.

Ada juga orang yang suka memuji seseorang terutama sekiranya individu itu sahabat rakan taulannya. Memuji kerana pencapaian hidupnya agar menjadi contoh ikutan orang lain, sebagai penanda aras, kalau nak berjaya maka inilah antara orang yang perlu kita jadikan antara panduan, insan yang masih hidup, ‘contoh hidup’.



Rauf adalah antara ‘contoh hidup’. Tidak banyak bercakap tapi apa yang didengari dari warga Tanjung Bidara, beliau kuat bekerja serta mendekati masyarakat di sini.

Ada pencapaian yang tidak ramai yang tahu. Pencapaian yang sangat membanggakan. Produk keluaran MARA. Malah dinobatkan sebagai ikon MARA kerana pencapaian  hebat tersebut.

Pencapaian sijil profesional teknikal penyaman udara sebagai permulaan langkah hidupnya menelusuri kerjaya.

Mendaki dan bukan melompat.



Anda boleh baca dengan teliti pencapaian seorang individu yang ditohmah dengan pelbagai nista apabila pertama kali dipilih untuk menjadi calon wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri Melaka bagi kawasan Tanjung Bidara mewakili UMNO BN di pilihanraya negeri 2021 pada 20hb November kelak.

Paling mengejutkan, ada bekas ketua menteri dari parti sama dengan Rauf melontarkan hinaan seolah-olah tidak mengenali siapa Rauf yang sentiasa mendokong dan menyokong beliau sewaktu individu tersebut menjawat kuasa Ketua Menteri. Akhirnya, individu yang dia labelkan bertaraf rendah dalam kerjaya hidup, mengalahkan beliau dalam pertandingan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Anda boleh hadam bagaimana individu yang dihina kerana kelulusan yang dianggap rendah mampu berdiri sama tinggi untuk bersama memacu sebuah syarikat bertaraf konglomerat? Syarikat berhad yang mengendalikan projek ratusan juta ringgit ketika itu. Anda boleh bayangkan pencapaian yang beliau perolehi sehinggakan beliau diberi amanah setahap itu?

Bacalah, pencapaian selama lebih 20 tahun sehingga ke hari ini:

 


Sebaran :

Leave a Reply